ZON MARITIM LAHAD DATU TAHAN DUA BOT NELAYAN ATAS PELBAGAI KESALAHAN
MAJLIS SERAH TERIMA PEGAWAI MEMERINTAH KM MENGALUM
Kuching, 22 Februari- Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah KM Mengalum hari ini telah disaksikan oleh Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Bin Md Yunus, di Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak.
Lt (M) Md Noor Bin Ismail telah menggalas tugas sebagai Pegawai Memerintah KM Mengalum yang baharu bagi menggantikan Lt (M) Taip Bin Maderis yang bertukar keluar ke Zon Maritim Bintulu.
KUDAT, 4 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat telah mengadakan Perhimpunan Bulanan dan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Penguatkuasa Maritim Malaysia yang berlangsung di perkarangan pejabat Zon Maritim Kudat, pagi tadi.
Pada Majlis Pemakaian Pangkat berkenaan Leftenan Madya (M) Azlee bin Zainal telah dinaikan pangkat ke jawatan Leftenan Maritim. Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne.
Dalam Majlis berkenaan, Pengarah Zon Maritim Kudat turut menyampaikan sijil kepada penerima Anugerah Pencapaian Bot Terbaik serta Ketua Bot Terbaik di Zon Maritim Kudat sepanjang suku tahun pertama 2024.
Turut disampaikan juga sumbangan kebajikan kepada anggota yang menerima kelahiran cahaya mata bagi tahun 2024.
Dalam ucapan, beliau turut menegaskan serta menyeru kepada semua warga Zon Maritim Kudat agar senantiasa patuh terhadap arahan-arahan dan SOP mengikut pekeliling semasa serta menjaga disiplin dan rupacara diri bagi menjaga nama baik dan imej Maritim Malaysia secara amnya.
Majlis diakhiri dengan bacaan ikrar oleh semua warga Zon Maritim Kudat.