14
Sab, Mac

Grid List

VESEL PUKAT JERUT DITAHAN MENANGKAP IKAN TERLALU HAMPIR DENGAN DARATAN

BANTUAN ASET MARITIM MALAYSIA - INSIDEN KAPAL LAYAR TERKANDAS DI PERAIRAN LANGKAWI

VESEL TUNDA GAGAL KEMUKA DOKUMEN, DITAHAN DI PERAIRAN MIRI

VESEL TUNDA DISYAKI LANGGAR ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR 1952 DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT TUNDA KELAS B LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DAN IMIGRESEN

CUBAAN SELUDUP 37 PATI DIGAGALKAN, TEKONG WARGA THAILAND ANTARA DITAHAN

LANGGAR SYARAT LESEN, BOT NELAYAN DITAHAN DI PERAIRAN TANJUNG PAYUNG

DUA BOT BERSAMA 1,870 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI DIRAMPAS

LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH (LOGISTIK) KE AKADEMI MARITIM SULTAN AHMAD SHAH

KUANTAN, 25 November, - Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) telah menerima kunjungan Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, YBhg. Laksamana Madya Maritim Dato’ Abu Bakar bin Idris, bagi Lawatan Tapak dan Mesyuarat Kemajuan Kerja di Bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Prihatin Tahun 2020 AMSAS.


Kehadiran Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia diiringi oleh Kepten Maritim Mazlan bin Mat Rejab dan Komander Maritim Amir bin Shubli dari Sektor Logistik Bahagian Pembangunan Cawangan Prasarana dan Infrastruktur Maritim Malaysia.

Rombongan ini disambut oleh Pengarah dan pegawai-pegawai kanan AMSAS.

Beliau kemudiannya dibawa ke sesi taklimat dan perbincangan mengenai kemajuan kerja bagi projek-projek penyelenggaraan dan pembangunan infrastruktur yang dijalankan di AMSAS bagi tahun ini.


Beliau juga turut menghadiri lawatan tapak bagi melihat sendiri kemajuan kerja yang dijalankan antaranya kerja menaiktaraf menara abseiling bagi aktiviti Flying Fox untuk kegunaan pelatih, kerja menaiktaraf Bangunan Marina di Tasik AMSAS dan kerja-kerja penyelenggaraan dapur dan paip gas di tiga dewan makan.

 

WhatsApp Image 2020 11 25 at 8.03.35 PM   WhatsApp Image 2020 11 25 at 8.03.37 PM 2
     
WhatsApp Image 2020 11 25 at 8.03.36 PM 1   WhatsApp Image 2020 11 25 at 8.03.35 PM 2


Grid List

MARITIM NEGERI SARAWAK HADIRI MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGSIH RAYA 2026

KUCHING, 9 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak bersama Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Jumaat.

Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membantu golongan yang memerlukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Maritim Malaysia Negeri Sarawak diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Simon Templer Lo ak Tusa.

Terdahulu, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.

Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan video khas Sumbangsih Raya 2026 sebelum ucapan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang menekankan kepentingan semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam membantu golongan memerlukan menjelang musim perayaan.

Kemuncak majlis menyaksikan penyerahan simbolik Sumbangsih Raya 2026 kepada para penerima yang layak, diikuti penyampaian cenderamata serta sesi bergambar bersama kenamaan dan wakil agensi yang terlibat.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri bersama agensi berkaitan dalam memperkukuh kebajikan masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak menjelang sambutan Aidilfitri.

PREMIER SWK2
 
PREMIER SWK3
 
PREMIER SWK4
 
PREMIER SWK6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC