KUALA PERLIS, 28 September - Pegawai Kehormat Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) iaitu Leftenan Komander Maritim Kehormat Tn. Haji Mohd Saad bin Din, Leftenan Komander Maritim Kehormat Dr. Mahyun binti Abd Wahab dan Leftenan Maritim Kehormat Dr. Abdul Haqi bin Ibrahim telah membuat lawatan kerja rasmi ke Zon Maritim Kuala Perlis pada jam 3.00 petang tadi. Kunjungan lawatan kerja rasmi ini telah disambut baik oleh Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Syafie bin Haji Paing bersama Pegawai Penyelaras PASKAM UniMAP, Leftenan Maritim Mohammad Zaimi bin Haji Yakub.
Lawatan ini merupakan kunjungan yang julung kali diadakan oleh Pegawai Kehormat Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) ke atas Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Shafie bin Haji Paing semenjak pelantikan beliau yang berkuatkuasa pada 9 Julai 2020 lalu.
Dalam rangka lawatan ini, mereka telah diberikan taklimat serta perkongsian maklumat berkenaan latihan yang akan dilaksanakan kepada Kadet PASKAM UniMAP pada masa akan datang. Selain

















.svg.png)

