13
Jum, Mac

Grid List

VESEL PUKAT JERUT DITAHAN MENANGKAP IKAN TERLALU HAMPIR DENGAN DARATAN

BANTUAN ASET MARITIM MALAYSIA - INSIDEN KAPAL LAYAR TERKANDAS DI PERAIRAN LANGKAWI

VESEL TUNDA GAGAL KEMUKA DOKUMEN, DITAHAN DI PERAIRAN MIRI

VESEL TUNDA DISYAKI LANGGAR ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR 1952 DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT TUNDA KELAS B LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DAN IMIGRESEN

CUBAAN SELUDUP 37 PATI DIGAGALKAN, TEKONG WARGA THAILAND ANTARA DITAHAN

LANGGAR SYARAT LESEN, BOT NELAYAN DITAHAN DI PERAIRAN TANJUNG PAYUNG

DUA BOT BERSAMA 1,870 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI DIRAMPAS

LAWATAN KERJA RASMI PENGARAH MARITIM NEGERI KEDAH DAN PERLIS KE IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN PERLIS

KANGAR, 26 Ogos - Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah diiringi Timbalan Pengarah (Pengurusan) Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Encik Ahmad Fuad bin Ishak serta Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Shafie bin Haji Paing telah membuat lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis pada jam 9.00 pagi tadi.

Lawatan yang merupakan kunjungan julung kalinya diadakan oleh Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis semenjak pelantikan beliau berkuatkuasa pada 29 Jun 2020 lalu telah disambut baik oleh Ketua Polis Perlis YDH. SAC. Dato' Surina Saad bersama Timbalan Ketua Polis Perlis  YDH. ACP. Baderulhisham bin Baharudin.

Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu semasa, perkongsian maklumat dan mewujudkan kerjasama dua hala di antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menerusi Maritim Negeri Kedah dan Perlis dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memantapkan keselamatan dan membendung aktiviti-aktiviti jenayah di lautan khususnya di perairan negeri Kedah dan Perlis.

efaecb21 1197 41c8 8e16 710e8ec78499  5b4df4d7 7a96 4a8e 945f b67e5fc3709e 
9dde4f6a 4811 47a9 9dab 5d0a89c6e391 ba1d797c e9e9 43ce b034 acb0f92fae05
z015da880 5122 4a5f 9d71 dcf41d4edf73  11f4c1e4 5cb0 4b99 a42f 0dde7f2826d6
Grid List

MARITIM NEGERI SARAWAK HADIRI MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGSIH RAYA 2026

KUCHING, 9 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak bersama Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Jumaat.

Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membantu golongan yang memerlukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Maritim Malaysia Negeri Sarawak diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Simon Templer Lo ak Tusa.

Terdahulu, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.

Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan video khas Sumbangsih Raya 2026 sebelum ucapan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang menekankan kepentingan semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam membantu golongan memerlukan menjelang musim perayaan.

Kemuncak majlis menyaksikan penyerahan simbolik Sumbangsih Raya 2026 kepada para penerima yang layak, diikuti penyampaian cenderamata serta sesi bergambar bersama kenamaan dan wakil agensi yang terlibat.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri bersama agensi berkaitan dalam memperkukuh kebajikan masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak menjelang sambutan Aidilfitri.

PREMIER SWK2
 
PREMIER SWK3
 
PREMIER SWK4
 
PREMIER SWK6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC