10
Rab, Jun

Grid List

MARITIM MALAYSIA LAKSANA MEDEVAC KRU KAPAL PHEONIX JAMNAGAR

LAPAN MANGSA SELAMAT DALAM INSIDEN BOT LAJU TERBALIK DI PANTAI TELUK PASIR, SANTUBONG

MARITIM MALAYSIA LAKSANA MEDEVAC KRU KAPAL CX GEMMA DI PERAIRAN KUCHING

MARITIM MALAYSIA DAN AGENSI DAERAH MERSING LAKSANA OP BERSEPADU PANTAU AKTIVITI ISLAND HOPPING

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

CUBAAN SELUDUP 37 PATI DIGAGALKAN, TEKONG WARGA THAILAND ANTARA DITAHAN

ALOR SETAR, 1 MAC โ€“ Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu, Polis Diraja Malaysia Pulau Pinang berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk 37 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam satu operasi risikan bersepadu di kedudukan 0.4 batu nautika selatan Pulau Sayak pukul 5.30 pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, operasi yang dilaksanakan ini melibatkan kerjasama strategik antara Unit Risikan Maritim Negeri Kedah & Perlis, Maritim Negeri Pulau Pinang, Zon Maritim Kuala Kedah, Zon Maritim Kuala Perlis bersama Unit Risik Marin, Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1, Pulau Pinang.

Tambah Romli, bertindak atas maklumat risikan, bot ronda milik Maritim Malaysia dan PPM telah mengesan sebuah bot fiber tanpa nombor pendaftaran yang disyaki membawa PATI dari arah Yan menuju ke daratan berhampiran Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah.

Beliau turut berkata, menyedari kehadiran penguat kuasa, bot berkenaan cuba merapat ke persisiran pantai Pulau Sayak untuk kesemua individu di dalamnya cuba melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran.

โ€œTindakan pantas pasukan operasi berjaya menahan 37 individu terdiri 32 warga Myanmar, tiga warga Bangladesh serta dua lelaki warga Thailand dipercayai bertindak sebagai tekong dan kru bot telah ditahan,โ€ katanya lagi.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan melibatkan 36 lelaki dewasa berusia antara 15 hingga 47 tahun serta seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun.

Dalam operasi yang sama, pihak berkuasa turut menemukan tiga kenderaan terdiri dua buah kereta dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang disyaki digunakan untuk membawa keluar PATI dari lokasi pendaratan.

Jelas Romli lagi, kesemua tangkapan bersama bot dan kenderaan yang dianggarkan bernilai RM215 ribu dibawa ke Pejabat Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

Tegas Romli, Maritim Malaysia akan terus memperkukuh operasi risikan dan rondaan bersepadu bagi mengekang aktiviti penyeludupan migran serta sindiket rentas sempadan yang mengancam keselamatan dan kedaulatan negara.

Orang ramai diminta menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut melalui talian 999 atau menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis di 04-9662750 untuk tindakan segera.

TEKONG THAI6
 
TEKONG THAI5
 
TEKONG THAI4
 
TEKONG THAI2

Grid List

ISTIADAT MENGARAK PANJI-PANJI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YDPA SULTAN IBRAHIM

PUTRAJAYA, 5 JUN โ€“ Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini menghadiri Istiadat Mengarak Panji-Panji sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Tahun 2026 yang berlangsung dengan penuh adat istiadat, tradisi ketenteraan serta gilang-gemilang di Dataran Pahlawan Negara, di sini pagi tadi.

Maritim Malaysia telah diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim bersama barisan pengarah-pengarah bahagian serta pegawai-pegawai kanan agensi melibatkan seramai 30 pegawai.

Istiadat bersejarah ini bukan sahaja melambangkan kedaulatan Institusi Raja Berperlembagaan, malah menjadi manifestasi kesetiaan, patriotisme dan penghormatan yang tidak berbelah bahagi seluruh warga perkhidmatan awam serta pasukan beruniform kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara.

Sebagai agensi penguatkuasaan maritim utama negara, Maritim Malaysia sentiasa menjunjung tinggi prinsip taat setia, integriti dan profesionalisme dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan, keamanan serta kedaulatan Zon Maritim Malaysia demi kepentingan negara dan rakyat.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam istiadat ini turut mencerminkan komitmen berterusan agensi dalam mendukung aspirasi negara serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam mempertahankan kedaulatan dan kesejahteraan tanah air.

Seluruh warga Maritim Malaysia merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda Tahun 2026.

๐——๐—ถ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜†๐˜‚ ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐˜‚,

๐——๐—ฎ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜ ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐˜‚!

MENGARAK PANJI
 
MENGARAK PANJI2
 
MENGARAK PANJI7
 
MENGARAK PANJI8

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC