MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM
MARITIM NEGERI KEDAH/PERLIS MENYAMPAIKAN SUMBANGAN PRIHATIN MARITIM KEPADA NELAYAN ASNAF SEMPENA PKP DAN MENYAMBUT BULAN RAMADAN
TIMBALAN PENGARAH OPERASI MNKP MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA NELAYAN ASNAF
KUALA KEDAH, 21 April – Maritim Negeri Kedah dan Perlis (MNKP) bersama Zon Maritim Kuala Kedah telah menyampaikan sumbangan kepada beberapa nelayan di laut serta 45 keluarga terjejas.
Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis Kepten Maritim Zulinda binti Hj Ramly berkata, sumbangan ini adalah berupa barangan keperluan dapur bagi membantu golongan yang amat memerlukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa ke-3. Bantuan ini juga disampaikan sempena bulan ramadhan yang bakal tiba beberapa hari lagi.
“Masyarakat sekeliling dimohon untuk kekal tenang dan duduk di rumah masing- masing serta tidak keluar rumah jika tiada urusan penting. Pastikan kebersihan diri sentiasa diutamakan sepanjang PKP ini,” tambah beliau.
PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026
LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.
Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.
Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.
Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.
Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.
Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.