MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM
MARITIM NEGERI SELANGOR BERI BANTUAN MENJELANG RAMADAN
PELABUHAN KLANG, 21 April - Maritim Negeri Selangor sekali lagi berkesempatan menghulurkan bantuan sempena Program Sahabat Maritim Khas Covid-19 kepada komuniti maritim yang memerlukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini dalam Fasa Ketiga, semalam.
Penyerahan bantuan telah disampaikan sendiri Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli bin Kassim bersama Adun Selat Klang, Yang Berhormat Datuk Abdul Rashid Asari. Serahan bantuan pula telah diterima wakil komuniti maritim untuk diagihkan kepada 40 orang penerima lain yang bermastautin di Kampung Delek, Pelabuhan Klang.
Bantuan yang telah disampaikan adalah berupa beras, tepung, minyak masak serta keperluan asas makanan yang lain.
Rosli berkata, bantuan yang diberikan ini merupakan tanda prihatin Maritim Malaysia dengan nasib komuniti maritim yang sukar mendapatkan bekalan dalam tempoh PKP ini selain menghargai kerjasama yang diberikan oleh komuniti maritim untuk mematuhi arahan kerajaan. Ini juga adalah sumbangan kepada para nelayan bagi membuat persiapan menyambut Ramadhan yang akan menjelang tiba.
“Saya juga menasihatkan komuniti maritim untuk sentiasa berada di rumah, menjaga kebersihan dan mengikut arahan kerajaan dalam usaha untuk memutuskan rantaian virus pandemik ini agar negara kita kembali pulih seterusnya memenangi perang wabak ini,” katanya.
PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026
LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.
Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.
Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.
Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.
Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.
Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.