MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM
OPERASI INTER AGENSI PANTAU PERGERAKAN ORANG AWAM DI LAUT
KOTA KINABALU, 24 Mac - Maritim Negeri Sabah telah memberi kerjasama kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk melaksanakan Operasi Inter Agensi bagi menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan dalam usaha kerajaan memutuskan rantaian virus Corona yang amat bahaya kepada kehidupan manusia.
Operasi ini telah dilaksanakan bermula pada hari ini sehingga berakhir Perintah Kawalan Pergerakan ini pada 31 Mac 2020. Kawasan operasi merupakan kawasan tumpuan orang awam iaitu di Sabah Fish Marketing Sdn Bhd (SAFMA), Jeti Jesselton Point, Sutera Habour, Taman Tunku Abdul Rahman, Pulau Gaya, Perairan Sepanggar dan Perairan Tanjung Aru.
Maritim Negeri Sabah telah menggerakan dua buah bot ronda dengan melibatkan 11 orang anggota dalam operasi ini.
PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026
LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.
Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.
Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.
Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.
Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.
Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.