02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

MARITIM MALAYSIA CEMERLANG DI KEJOHANAN SPORT DIVING PERINGKAT KEBANGSAAN 2026

SHAH ALAM, 11 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melakar kejayaan membanggakan apabila muncul antara kontinjen terbaik dalam Kejohanan Sport Diving Peringkat Kebangsaan 2026 yang berlangsung di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Sport Diving Association Malaysia (SDAM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu menghimpunkan kira-kira 80 atlet selam profesional dan elit daripada pelbagai agensi kerajaan Persekutuan dan Negeri serta kelab-kelab sukan selam dari seluruh negara.

Kejohanan ini menjadi platform bagi menguji kemahiran teknikal, ketahanan fizikal, kepantasan serta semangat kesukanan dalam sukan selam kompetitif.

Kontinjen Maritim Malaysia yang diwakili Skuadron Selam, STAR Team seramai 11 atlet dan termasuk 3 atlet wanita, berjaya mempamerkan prestasi cemerlang dengan merangkul empat daripada lima kategori utama yang dipertandingkan, sekali gus mengharumkan nama agensi.

Antara kejayaan yang diraih ialah:

Johan – Individu 100 Meter Berhalangan (Kategori Terbuka Senior);

Johan – Individu 200 Meter Berhalangan (Kategori Terbuka Senior);

Johan – 4 × 100 Meter Berhalangan Berpasukan (Kategori Terbuka); dan

Naib Johan – Individu 100 Meter Berhalangan Wanita.

Pencapaian ini membuktikan komitmen Maritim Malaysia dalam melahirkan warga yang bukan sahaja cemerlang dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan negara, malah berdaya saing dalam arena sukan berprestasi tinggi. Kejayaan ini turut mencerminkan disiplin, ketahanan mental, kecergasan fizikal serta semangat berpasukan yang menjadi teras kekuatan warga Maritim Malaysia.

Maritim Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua atlet dan pegawai pasukan atas dedikasi serta komitmen yang telah membuahkan kejayaan membanggakan ini.

Diharapkan pencapaian tersebut menjadi inspirasi kepada seluruh warga Maritim Malaysia untuk terus mengukir kecemerlangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, sekali gus memperkukuh imej sebagai sebuah agensi yang memiliki warga berprestasi tinggi, berdisiplin dan sentiasa bersedia menghadapi sebarang cabaran.

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC