02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI) APMM KE IPMN MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN

KUALA LINGGI, 13 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Melaka dan Negeri Sembilan hari ini menerima lawatan kerja rasmi Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah pagi tadi.

Lawatan kerja ini turut disertai oleh Pegawai-Pegawai Kanan dari Bahagian Keselamatan dan Penguatkuasaan Maritim serta Bahagian Sumber Manusia bagi memperincikan Kajian Penempatan Aset (Kapal) di perairan Negeri Melaka dan Negeri Sembilan.

Langkah ini selaras dengan Pelan Strategik Kementerian Dalam Negeri 2026-2030 di bawah Kluster Keselamatan untuk mengukuhkan kawalan sempadan maritim bagi mengekang isu pencerobohan, penyeludupan rentas sempadan serta kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang menggugat kedaulatan negara.

Penempatan semula Kapal Maritim dijangka dapat meningkatkan keupayaan dan keberkesanan operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) serta meningkatkan kerjasama strategik dengan agensi di peringkat domestik dan antarabangsa.

Pengurusan tertinggi Maritim Malaysia sentiasa komited dalam memastikan setiap aset negara diatur gerak secara optimum demi memelihara kedaulatan dan keselamatan zon maritim negara.



Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC