PUTRAJAYA, 30 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus memperkukuh barisan kepimpinan operasinya apabila seramai 11 pegawai diraikan dalam Majlis Pemakaian Pangkat yang berlangsung di Auditorium Seri Samudera, Ibu Pejabat Maritim Malaysia, pagi tadi.
Kesemua pegawai berkenaan dinaikkan pangkat daripada Leftenan Madya Maritim kepada Leftenan Maritim, sekali gus mencerminkan pengiktirafan terhadap komitmen, kecekapan serta sumbangan mereka dalam memperkasa pelaksanaan operasi penguatkuasaan maritim negara.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim, dengan kehadiran Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah serta Pengarah-pengarah Bahagian dan pegawai kanan agensi.
Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa setiap kenaikan pangkat membawa amanah yang lebih besar dalam memastikan keupayaan operasi sentiasa berada pada tahap tertinggi.
“Kenaikan pangkat ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi merupakan amanah besar untuk terus memperkukuh keupayaan operasi dan memastikan setiap penugasan dilaksanakan dengan penuh integriti, profesionalisme, berimpak tinggi serta berkesan,” katanya.
Berikut ialah senarai pegawai yang menerima kenaikan pangkat:
Leftenan Maritim Muhammad Taufiq Bin Abu Bakar
Leftenan Maritim Wan Abu Bakar Bin Hussain
Leftenan Maritim Mohd Hafizi Bin Mhd Akhir
Leftenan Maritim Syahrul Hisham Azli Putera Bin Hamzah
Leftenan Maritim Mohammad Afiq Bin Razali
Leftenan Maritim Nurul Nadia Binti Jamaluddin
Leftenan Maritim Muhammad Jamalullail Bin Mohamed Johari
Leftenan Maritim Mohd Amirul Aizzad Bin Hamdan
Leftenan Maritim Salman Bin Sahiful Bahari
Leftenan Maritim Hafriz Bin Samad
Leftenan Maritim Wan Mohd Zul Husmi Bin Wan Husin
Kenaikan pangkat ini dijangka terus memperkasa kesiapsiagaan operasi serta meningkatkan kecekapan penyelarasan aset dan anggota di lapangan, selaras dengan peranan Maritim Malaysia sebagai penguat kuasa dan benteng keselamatan di perairan negara. Syabas dan tahniah!

















.svg.png)

