13
Jum, Mac

Grid List

VESEL PUKAT JERUT DITAHAN MENANGKAP IKAN TERLALU HAMPIR DENGAN DARATAN

BANTUAN ASET MARITIM MALAYSIA - INSIDEN KAPAL LAYAR TERKANDAS DI PERAIRAN LANGKAWI

VESEL TUNDA GAGAL KEMUKA DOKUMEN, DITAHAN DI PERAIRAN MIRI

VESEL TUNDA DISYAKI LANGGAR ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR 1952 DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT TUNDA KELAS B LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DAN IMIGRESEN

CUBAAN SELUDUP 37 PATI DIGAGALKAN, TEKONG WARGA THAILAND ANTARA DITAHAN

LANGGAR SYARAT LESEN, BOT NELAYAN DITAHAN DI PERAIRAN TANJUNG PAYUNG

DUA BOT BERSAMA 1,870 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA - USCG PERKUKUH PEMBANGUNAN JURULATIH MELALUI INSTRUCTOR DEVELOPMENT COURSE DI KUCHING

KUCHING, 6 FEBRUARI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus memperkukuh keupayaan modal insan dan profesionalisme warga maritim menerusi penganjuran Instructor Development Course (IDC) dengan kerjasama Bureau of International Narcotics and Law Enforcement Affairs (INL) serta United States Coast Guard (USCG) yang berlangsung dari 2 hingga 6 Februari di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS).

Kursus berkenaan dianjurkan sebagai platform pembangunan latihan strategik bagi memberi pendedahan menyeluruh kepada pegawai dan anggota Maritim Malaysia untuk menjadi jurulatih bertauliah pada masa hadapan, sekali gus memperkukuh sistem latihan dalaman agensi agar lebih tersusun, berstandard tinggi dan berorientasikan keperluan operasi semasa.

Kursus IDC tersebut turut memberi peluang kepada peserta menimba ilmu dan pengalaman secara langsung daripada tenaga pengajar berkemahiran tinggi, selain meningkatkan tahap kompetensi dan kemahiran dalam aspek penyampaian latihan serta pengurusan modul latihan profesional.

Seramai 23 pegawai dan anggota lain-lain pangkat Maritim Malaysia terlibat dalam kursus ini yang dibimbing oleh Senior Chief Shane Goudswaard, jurulatih USCG yang mempunyai kepakaran khusus dalam pembangunan kejurulatihan dan latihan maritim.

Menurut Maritim Malaysia, penganjuran kursus ini membawa manfaat besar dalam memperkukuh keupayaan latihan agensi melalui pembangunan tenaga pengajar yang berpengetahuan, berkemahiran dan bertauliah, sekali gus menyokong pelaksanaan tugasan penguatkuasaan maritim yang semakin mencabar.

Selain itu, kursus ini turut menjadi platform penting dalam pertukaran ilmu, kepakaran dan pengalaman serta amalan terbaik antarabangsa secara berterusan, selaras dengan keperluan operasi penguatkuasaan maritim yang bersifat rentas sempadan.

Selaras dengan kerangka Malaysia MADANI, pelaksanaan kursus kejurulatihan ini mencerminkan komitmen Maritim Malaysia dalam memperkasa pembangunan modal insan yang berdaya saing, berdaya tahan dan bersedia menghadapi ancaman keselamatan maritim yang semakin kompleks.

Maritim Malaysia menegaskan, kerjasama strategik bersama rakan antarabangsa seperti USCG akan terus diperkukuh bagi memastikan kesiapsiagaan agensi berada pada tahap tertinggi, seterusnya memperkasakan peranan sebagai salah satu benteng utama keselamatan perairan negara.

IDC USCG2
 
IDC USCG3
 
IDC USCG6
 
IDC USCG5

Grid List

MARITIM NEGERI SARAWAK HADIRI MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGSIH RAYA 2026

KUCHING, 9 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak bersama Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Jumaat.

Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membantu golongan yang memerlukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Maritim Malaysia Negeri Sarawak diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Simon Templer Lo ak Tusa.

Terdahulu, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.

Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan video khas Sumbangsih Raya 2026 sebelum ucapan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang menekankan kepentingan semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam membantu golongan memerlukan menjelang musim perayaan.

Kemuncak majlis menyaksikan penyerahan simbolik Sumbangsih Raya 2026 kepada para penerima yang layak, diikuti penyampaian cenderamata serta sesi bergambar bersama kenamaan dan wakil agensi yang terlibat.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri bersama agensi berkaitan dalam memperkukuh kebajikan masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak menjelang sambutan Aidilfitri.

PREMIER SWK2
 
PREMIER SWK3
 
PREMIER SWK4
 
PREMIER SWK6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC