02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

AMSAS PERKUKUH BUDAYA INTERGRITI MELALUI MAJLIS PERJUMPAAN PENGARAH DAN IKRAR BEBAS RASUAH

KUANTAN, 4 FEBRUARI – Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) hari ini telah menganjurkan Majlis Perjumpaan Pengarah AMSAS dan Ikrar Bebas Rasuah bertempat di Auditorium AMSAS.

Penganjuran majlis ini merupakan inisiatif berterusan AMSAS dalam memperkukuh nilai integriti serta tadbir urus beretika dalam kalangan warga akademi.

Majlis dimulakan dengan Bacaan Ikrar Bebas Rasuah yang dipimpin oleh Leftenan Komander Maritim Abd Rasyid bin Abd Razak, melambangkan komitmen berterusan AMSAS dalam membudayakan amalan kerja berintegriti dan bebas rasuah di semua peringkat perkhidmatan.

Turut berlangsung ialah Majlis Serah Terima Tugas Ketua Kluster Pengajian dan Pembangunan Operasi Maritim daripada Kepten Maritim Kamal bin Mohamad kepada Leftenan Komander Maritim Mohd Pazrul Niza bin Mohd Mustapa yang akan memulakan penugasan baharu sebagai Pengarah Maritim Negeri Kelantan.

Majlis ini turut meraikan pegawai yang bertukar keluar dan bersara melalui penyampaian cenderahati sebagai tanda pengiktirafan atas jasa dan sumbangan mereka kepada AMSAS.

Antara pegawai yang terlibat ialah Kepten Maritim Kamal bin Mohamad, Komander Maritim Nurulazme bin Zakariah, Pegawai Waran II Maritim Azahar bin Husain, serta pegawai bersara Puan Rosnani binti Abdul Rahman.

Dalam ucapannya, Pengarah AMSAS, Laksamana Pertama Maritim Hamizan bin Harun, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pegawai yang bertukar keluar dan bersara atas dedikasi, komitmen dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka di AMSAS.

Beliau turut mendoakan agar mereka terus dikurniakan kejayaan dalam penugasan baharu serta fasa seterusnya dalam kehidupan dan perkhidmatan masing-masing.

Majlis ini mencerminkan komitmen berterusan AMSAS dalam memelihara profesionalisme, integriti serta kebajikan warganya seiring dengan aspirasi dan hala tuju organisasi.

'Merintis Kecemerlangan Maritim'

AMSAS IKRAR2
 
AMSAS IKRAR3
 
AMSAS IKRAR4
 
AMSAS IKRAR5

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC