PUTRAJAYA, 5 FEBRUARI - Suasana di pejabat Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini lebih meriah daripada biasa, apabila berlangsungnya sesi rakaman program bual bicara DIALOG TVS+ sempena Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Ke-21 Maritim Malaysia.
Rakaman istimewa ini telah menampilkan Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, yang berkongsi pelbagai kupasan menarik berkaitan hala tuju agensi, kesiapsiagaan operasi, cabaran keselamatan maritim serta komitmen Maritim Malaysia dalam melindungi kedaulatan perairan negara.
Program ini diterajui oleh dua pengacara TVS yang berkarisma, Khairunnisa Kasnoon dan Najib Imran, yang berjaya menghidupkan sesi perbincangan dengan pendekatan santai namun penuh berinformasi.
Terima kasih TVS atas kerjasama strategik dalam menyampaikan mesej keselamatan maritim kepada rakyat Malaysia. Nantikan siaran penuh DIALOG TVS+ yang pastinya sarat dengan info dan inspirasi di kaca televisyen anda.

















.svg.png)

