DUA BOT BERSAMA 1,870 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI DIRAMPAS
KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA MENGADAKAN PERTEMUAN DENGAN MENTERI DALAM NEGERI
PUTRAJAYA, 4 FEBRUARI – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Rosli bin Abdullah, telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, dalam satu sesi perbincangan yang berlangsung di Putrajaya, hari ini.
Pertemuan tersebut membincangkan beberapa perkara berkaitan Maritim Malaysia, termasuk peranan dan tanggungjawab agensi dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.
Pertemuan ini mencerminkan komitmen berterusan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan selaras dengan hala tuju keselamatan negara di bawah Kementerian Dalam Negeri.
MARITIM NEGERI SARAWAK HADIRI MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGSIH RAYA 2026
KUCHING, 9 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak bersama Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Jumaat.
Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membantu golongan yang memerlukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Maritim Malaysia Negeri Sarawak diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Simon Templer Lo ak Tusa.
Terdahulu, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.
Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan video khas Sumbangsih Raya 2026 sebelum ucapan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang menekankan kepentingan semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam membantu golongan memerlukan menjelang musim perayaan.
Kemuncak majlis menyaksikan penyerahan simbolik Sumbangsih Raya 2026 kepada para penerima yang layak, diikuti penyampaian cenderamata serta sesi bergambar bersama kenamaan dan wakil agensi yang terlibat.
Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri bersama agensi berkaitan dalam memperkukuh kebajikan masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak menjelang sambutan Aidilfitri.