13
Jum, Mac

Grid List

VESEL PUKAT JERUT DITAHAN MENANGKAP IKAN TERLALU HAMPIR DENGAN DARATAN

BANTUAN ASET MARITIM MALAYSIA - INSIDEN KAPAL LAYAR TERKANDAS DI PERAIRAN LANGKAWI

VESEL TUNDA GAGAL KEMUKA DOKUMEN, DITAHAN DI PERAIRAN MIRI

VESEL TUNDA DISYAKI LANGGAR ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR 1952 DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT TUNDA KELAS B LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DAN IMIGRESEN

CUBAAN SELUDUP 37 PATI DIGAGALKAN, TEKONG WARGA THAILAND ANTARA DITAHAN

LANGGAR SYARAT LESEN, BOT NELAYAN DITAHAN DI PERAIRAN TANJUNG PAYUNG

DUA BOT BERSAMA 1,870 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI DIRAMPAS

TAHUN BAHARU, SEMANGAT BAHARU, MARITIM NEGERI KELANTAN BERSATU HATI DALAM SOLAT HAJAT

PASIR PUTEH, 8 JANUARI – Program Solat Hajat dan bacaan surah Yassin melibatkan seluruh warga jabatan, bertempat di ruang legar pejabat Maritim Negeri Kelantan pagi tadi.

Majlis ini merupakan program rutin mingguan yang menjadi platform utama bagi pengisian aktiviti rohani dan simbolik kesyukuran serta permohonan doa ke hadrat Allah SWT agar seluruh warga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), khususnya di Negeri Kelantan.

Melalui amalan berterusan ini, setiap anggota dididik untuk sentiasa meletakkan pergantungan kepada Allah SWT sebelum memulakan tugasan hakiki di lapangan.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah bin Soahdi menekankan bahawa pengisian rohani dan jasmani perlu seiring bagi memastikan setiap warga Maritim Malaysia memiliki kekuatan dalaman yang kental.

Keseimbangan ini adalah kunci utama dalam menghadapi cabaran tugasan, terutamanya ketika melaksanakan tugas penguatkuasaan mahupun operasi Mencari dan menyelamat (CARILAMAT) di laut.

Program ini juga merupakan manifestasi sokongan warga Maritim Negeri Kelantan terhadap aspirasi Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, yang menekankan Pembangunan Modal Insan dan Organisasi daripada 7 Teras utama beliau.

Pengukuhan nilai spiritual melalui majlis sebegini adalah tunjang utama dalam melahirkan warga Maritim yang mempunyai jati diri yang kental, amanah, dan berdisiplin dalam memikul mandat negara.

Majlis dimulakan dengan pelaksanaan Solat Hajat berjemaah bagi memohon keberkatan tugasan sepanjang tahun 2026, diikuti dengan bacaan Surah Yassin bagi memohon kesejahteraan buat seluruh organisasi.

SOLAT HAJAT KLN4
 
SOLAT HAJAT KLN3
 
SOLAT HAJAT KLN
 
SOLAT HAJAT KLN2

Grid List

MARITIM NEGERI SARAWAK HADIRI MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGSIH RAYA 2026

KUCHING, 9 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak bersama Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Jumaat.

Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membantu golongan yang memerlukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Maritim Malaysia Negeri Sarawak diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Simon Templer Lo ak Tusa.

Terdahulu, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.

Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan video khas Sumbangsih Raya 2026 sebelum ucapan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang menekankan kepentingan semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam membantu golongan memerlukan menjelang musim perayaan.

Kemuncak majlis menyaksikan penyerahan simbolik Sumbangsih Raya 2026 kepada para penerima yang layak, diikuti penyampaian cenderamata serta sesi bergambar bersama kenamaan dan wakil agensi yang terlibat.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri bersama agensi berkaitan dalam memperkukuh kebajikan masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak menjelang sambutan Aidilfitri.

PREMIER SWK2
 
PREMIER SWK3
 
PREMIER SWK4
 
PREMIER SWK6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC