PUTRAJAYA, 16 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menganjurkan Seminar Kesedaran Keselamatan Siber 2025 bertempat di Ibu Pejabat Maritim Malaysia bagi meningkatkan tahap kesedaran warga Agensi terhadap ancaman siber yang kian kompleks dan canggih.
Seminar bertemakan ‘Pengurusan Maritim Pintar: Kecekapan & Ketelusan melalui AI’ dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat, Encik Mahmud bin Abd Rahman yang turut dihadiri oleh pengarah-pengarah bahagian, pegawai kanan, serta seluruh warga Maritim Malaysia.
Beberapa isu utama turut disentuh termasuk pecubaan penipuan (phishing), ransomware, kebocoran data, serta risiko penggunaan AI dan automasi dalam pengurusan maritim yang mampu menjejaskan operasi kritikal agensi dan keselamatan data awam.
Warga Maritim Malaysia turut diingatkan agar mengamalkan disiplin keselamatan siber dalam tugasan harian, mematuhi dasar ICT kerajaan, serta melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan bagi memastikan kelangsungan operasi agensi.
Program seminar ini turut menyediakan sesi ceramah dan perkongsian ilmu khusus selain pop kuiz buat peserta bagi meningkatkan pemahaman tentang ancaman siber serta strategi pengurusan risiko, sejajar dengan usaha Maritim Malaysia dalam membina budaya kerja cyber resilient.
Majlis penutup menyaksikan pengiktirafan terhadap Bahagian Teknologi Maklumat dan semua pihak yang menjayakan seminar bagi terus melindungi aset operasi Agensi daripada ancaman siber selaras dengan aspirasi MADANI.





















.svg.png)

