03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

PASUKAN STAR TEAM MARITIM MALAYSIA DOMINASI SUKAN MENYELAM PERINGKAT KEBANGSAAN

SHAH ALAM, 5 NOVEMBER – Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sekali lagi membuktikan keunggulan mereka apabila muncul juara di setiap acara yang dipertandingkan dalam Kejohanan Sukan Menyelam Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Kompleks Kolam Renang UiTM Shah Alam, pada Ahad (2 November 2025).

Kejohanan anjuran Persatuan Sukan Menyelam Malaysia (Sport Diving Association of Malaysia - SDAM) ini menghimpunkan lebih 50 peserta daripada pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pertubuhan penggiat aktiviti selam skuba serta Maritim Malaysia.

Dalam acara 100 meter dan 200 meter, wakil penyelam Maritim Malaysia berjaya meraih pingat emas bagi kedua-dua kategori tersebut, menewaskan wakil daripada agensi lain yang berada di tempat kedua. Seorang lagi anggota STAR Team menamatkan saingan di tempat ketiga bagi acara 100 meter, manakala seorang lagi penyelam pasukan sama turut berada di kedudukan ketiga bagi acara 200 meter.

Kejayaan STAR Team turut menyerlah dalam acara 4x100 meter berganti-ganti apabila pasukan utama STAR Team berjaya menamatkan perlumbaan di tempat pertama. Tidak kurang hebat, pasukan kedua Maritim Malaysia juga berjaya menempatkan diri di kedudukan ketiga.

Kemenangan berganda ini sekali gus mengukuhkan reputasi Maritim Malaysia sebagai antara pasukan penyelam profesional terbaik di negara ini. Kejayaan ini turut menonjolkan semangat kerjasama dan disiplin tinggi sepuluh anggota STAR Team yang dibahagikan kepada dua pasukan utama bagi menyertai kejohanan tersebut.

Presiden SDAM, Puan Norazila Binti Mohd Kamarudzaman dalam ucapan perasmiannya menzahirkan penghargaan kepada semua peserta atas semangat kesukanan tinggi yang dipamerkan, di samping berharap sukan menyelam akan terus berkembang serta mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan untuk menguji daya tahan fizikal dan mental atlet, malah berfungsi sebagai platform penting dalam mencungkil bakat baharu yang berpotensi mewakili negara pada masa hadapan.

Maritim Malaysia terus komited menyokong penglibatan anggotanya dalam aktiviti sukan ekstrem seperti ini, sejajar dengan aspirasi agensi untuk melahirkan anggota yang berdisiplin, berdaya saing dan berprestasi tinggi dalam apa jua cabaran.

STAR TEAM2
 
STAR TEAM4
 
STAR TEAM3

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC