03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

LATIHAN PELAYARAN PERKUKUH KEUPAYAAN ANGGOTA PASUKAN SIMPANAN SUKARELAWAN MARITIM

PELABUHAN KLANG, 3 NOVEMBER – Bagi memperkukuh kesiapsiagaan dan kefahaman terhadap operasi di laut, seramai lapan anggota Pasukan Simpanan Sukarelawan Maritim (PSSM) Maritim Negeri Selangor telah menjalani latihan pelayaran bersama kapal KM DANGA di perairan Klang semalam.

Sebelum pelayaran dimulakan, para peserta diberi taklimat keselamatan dan penerangan mengenai objektif latihan bagi memastikan setiap anggota memahami peranan serta prosedur operasi ketika berada di atas kapal.

Sepanjang pelayaran, anggota PSSM turut didedahkan dengan latihan praktikal berasaskan tugas penguatkuasaan, termasuk pengendalian alat navigasi, latihan tali-temali, pengendalian bot kecil serta simulasi pemeriksaan ke atas vesel nelayan.

Latihan ini memberikan pengalaman sebenar kepada anggota PSSM mengenai rutin dan tanggungjawab pegawai penguat kuasa maritim di lapangan, selain memperkukuh kecekapan dalam aspek teknikal dan operasi.

Peserta turut diberi pengenalan terhadap sistem dan struktur kapal, termasuk kefahaman asas mengenai enjin, sistem sokongan dan kejuruteraan kapal, bagi memastikan mereka bersedia menghadapi pelbagai situasi di laut.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh, penganjuran latihan seumpama ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Maritim Malaysia dalam memastikan pasukan simpanan kekal kompeten dan bersiap siaga pada setiap masa.

“Latihan pelayaran ini bukan sahaja memberi pendedahan praktikal kepada anggota PSSM, malah memperkukuh semangat setiakawan serta kefahaman terhadap disiplin maritim. PSSM merupakan komponen penting yang akan menjadi penggerak sokongan apabila diperlukan, justeru latihan sebegini memastikan mereka benar-benar bersedia untuk digerakkan bersama aset Maritim Malaysia,” katanya.

Beliau menambah, latihan seperti ini juga membantu membina minat dan kefahaman mendalam terhadap bidang penguatkuasaan maritim, sekaligus memperkukuh jati diri anggota dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara.

Secara keseluruhannya, program latihan pelayaran ini bukan sahaja menyemai semangat kecintaan terhadap dunia maritim, tetapi turut memastikan anggota PSSM berkeupayaan, terlatih dan sentiasa bersedia apabila diamanahkan tanggungjawab menjaga keselamatan perairan negara.

PSMM SELANGOR2
 
PSMM SELANGOR3
 
PSMM SELANGOR4
 
PSMM SELANGOR6

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC