03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

MARITIM MALAYSIA SEMARAK SEMANGAT KESUKANAN : KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA KETUA PENGARAH APMM 2025

BANGI, 3 NOVEMBER — Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Edisi Ke-2 melabuhkan tirainya dengan penuh semangat kesukanan di Stadium Mini Bank Simpanan Nasional (BSN), Bangi, pada malam Sabtu (1 November).

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, yang turut merakamkan penghargaan kepada Kelab Kebajikan dan Sukan Maritim (KESMAR) serta jawatankuasa penganjur atas kejayaan penganjuran kejohanan kali ini.

Beliau dalam ucapannya menzahirkan rasa bangga dengan penglibatan 20 pasukan bola sepak dari seluruh negara, membabitkan 460 pemain dan 50 urus setia, menjadikan jumlah keseluruhan 510 warga Maritim Malaysia yang terlibat secara langsung.

“Kehadiran dan penyertaan semua membuktikan bahawa warga Maritim Malaysia bukan sahaja cekap menjaga keselamatan perairan negara, tetapi juga berjiwa besar, bersemangat tinggi dan bersatu hati di bawah panji APMM,” ujar beliau.

Kejohanan edisi kali ini turut menyaksikan Pasukan Zon Maritim Tanjung Sedili FC muncul Johan, membawa pulang hadiah kemenangan sebanyak RM2,000, manakala Pasukan Maritim Negeri Pahang FC dinobatkan sebagai Naib Johan dan menerima hadiah sebanyak RM1,000 serta Pasukan Maritim Negeri Sarawak FC di tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 700.

Turut menerima pengiktirafan ialah penerima Anugerah Khas Kejohanan, iaitu Penjaga Gawang Terbaik: Laskar Kanan Maritim Mohd Yusry bin Yusof (Zon Maritim Tanjung Sedili FC), Penjaring Terbanyak Kejohanan iaitu Laskar Kanan Maritim Mohd Morizad bin Morni (Maritim Negeri Sarawak FC) dan Pemain Terbaik Kejohanan iaitu Laskar Kelas II Maritim Bercer Pinalus (Zon Maritim Tanjung Sedili FC).

Datuk Mohd Rosli turut menzahirkan, kejohanan ini merupakan simbol sokongan Maritim Malaysia terhadap Hari Sukan Negara (HSN) 2025, yang disambut meriah di seluruh negara melalui pelbagai aktiviti sukan dan riadah warga APMM di semua peringkat.

Menurut beliau, kejohanan ini bukan sekadar pertandingan, tetapi mencerminkan nilai-nilai teras Maritim Malaysia seperti disiplin, kerjasama berpasukan, keberanian dan ketahanan fizikal serta mental — semangat yang sama ketika mereka berkhidmat di lautan.

“Di laut kita berjuang mempertahankan kedaulatan. Di padang kita berjuang menjulang nama organisasi. Inilah jati diri APMM, teguh, berpasukan dan pantang menyerah,” tambah beliau.

Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli turut menekankan pentingnya sukan sebagai wadah membentuk gaya hidup sihat serta memperkukuh perpaduan organisasi, menyatukan pegawai dan anggota dari semua lapisan di seluruh negara.

“Dari Sabah hingga ke Perlis, dari Langkawi hingga ke Sandakan, semuanya bersatu di bawah satu semangat, satu warna dan satu bendera — Maritim Malaysia,” katanya lagi.

Beliau turut menyatakan hasrat agar sukan menjadi budaya berterusan di dalam organisasi dan menggalakkan lebih ramai warga APMM untuk menyertai acara sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa pada masa akan datang.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim, selaku Pengerusi KESMAR Induk APMM serta Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah, bersama para Pengarah Bahagian, Pengarah Maritim Negeri dan Zon, jurulatih serta para pemain.


PIALA KP AKHIR2
 
PIALA KP AKHIR3
 
PIALA KP AKHIR4
 
PIALA KP AKHIR5

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC