KUALA LUMPUR, 28 OKTOBER — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menghadiri Majlis Penutupan The 47th ASEAN Summit and Related Summits yang berlangsung dengan penuh tertib dan bersejarah, menandakan berakhirnya siri persidangan peringkat tertinggi ASEAN tahun ini.
Majlis yang menghimpunkan pemimpin-pemimpin negara ASEAN serta rakan dialog antarabangsa itu menumpukan kepada usaha memperkukuh kerjasama serantau dalam pelbagai bidang termasuk keselamatan maritim, ekonomi, alam sekitar dan kemanusiaan.
Dalam majlis itu, Maritim Malaysia telah diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim.
Penyertaan Maritim Malaysia dalam persidangan berprestij ini mencerminkan komitmen agensi untuk terus memperkukuh peranan Malaysia dalam kerangka keselamatan maritim ASEAN, selaras dengan agenda memperkukuh kerjasama antara agensi maritim di rantau ini bagi memastikan perairan serantau kekal aman, selamat dan makmur.
Maritim Malaysia akan terus memperkukuh peranannya sebagai salah satu agensi penguat kuasa di negara ini melalui kerjasama erat bersama rakan-rakan strategik di peringkat ASEAN.





















.svg.png)

