11
Rab, Mac

Grid List

VESEL PUKAT JERUT DITAHAN MENANGKAP IKAN TERLALU HAMPIR DENGAN DARATAN

BANTUAN ASET MARITIM MALAYSIA - INSIDEN KAPAL LAYAR TERKANDAS DI PERAIRAN LANGKAWI

VESEL TUNDA GAGAL KEMUKA DOKUMEN, DITAHAN DI PERAIRAN MIRI

VESEL TUNDA DISYAKI LANGGAR ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR 1952 DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT TUNDA KELAS B LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DAN IMIGRESEN

CUBAAN SELUDUP 37 PATI DIGAGALKAN, TEKONG WARGA THAILAND ANTARA DITAHAN

LANGGAR SYARAT LESEN, BOT NELAYAN DITAHAN DI PERAIRAN TANJUNG PAYUNG

DUA BOT BERSAMA 1,870 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI DIRAMPAS

SEMINAR FORENSIK MARITIM (SFM) SIRI 1 BIL. 1/2025: MEMPERKASAKAN KEUPAYAAN FORENSIK MARITIM NEGARA

PORT DICKSON, 26 OKTOBER – Bahagian Siasatan Jenayah Maritim (BSJM) telah melakar satu lagi pencapaian bermakna melalui penganjuran Seminar Forensik Maritim (SFM) Siri 1 Bil. 1/2025 yang berlangsung pada 22 hingga 24 Oktober 2025 bertempat di Akademi Imigresen Malaysia (AIMM), Port Dickson, Negeri Sembilan.

Seminar julung kali ini menjadi manifestasi nyata terhadap komitmen tinggi BSJM dalam memperkukuh keupayaan penyiasatan dan analisis forensik maritim negara seiring dengan tuntutan keselamatan maritim masa kini.

Penganjuran ini turut menzahirkan visi BSJM untuk menjadikan forensik maritim sebagai teras utama dalam mempertingkat keberkesanan siasatan jenayah maritim, berasaskan pendekatan saintifik, analitik, dan berintegriti.

Antara objektif utama yang berjaya dicapai termasuk menyediakan perkongsian ilmu berimpak tinggi antara pegawai penyiasat, penyiasat tempat kejadian (CSI), serta pakar forensik daripada Makmal Forensik PDRM, Pusat Pendaftaran Jenayah Malaysia & Singapura, dan Makmal DNA & Kriminalistik Jabatan Kimia Malaysia. Selain itu, memberikan pendedahan mendalam terhadap realiti cabaran lapangan, menerusi pembentangan kajian kes sebenar yang menguji kecekapan dan kebolehan analitik peserta.

Dalam ucapan penutup, Pengarah BSJM, Laksamana Pertama Maritim Shahref Steve Mac Queen bin Abdullah, menjelaskan bahawa profesionalisme, integriti, ketepatan dan ketekunan adalah tunjang utama kejayaan sesuatu siasatan. Beliau turut menekankan bahawa ilmu dan kemahiran yang diperoleh sepanjang seminar ini mesti diterjemahkan secara tuntas dalam amalan lapangan, sejajar dengan aspirasi BSJM untuk melahirkan barisan penyiasat tempat kejadian maritim yang berkaliber tinggi.

BSJM juga akan terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik dengan pelbagai agensi penyelidikan, institusi akademik serta rakan penguatkuasaan dalam dan luar negara bagi mempertingkat keupayaan teknikal, saintifik dan forensik secara holistik.

Seminar ini menjadi tonggak permulaan kepada pembudayaan kerja forensik maritim yang lebih analitik, sistematik dan berteraskan sains, sekali gus memperkukuh kredibiliti Malaysia sebagai sebuah negara maritim yang berdaya tahan dan berwibawa dalam aspek penyiasatan forensik.

 

SFM BSJM
 
SFM BSJM2
 
SFM BSJM3
 
SFM BSJM4
Grid List

MARITIM NEGERI SARAWAK HADIRI MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGSIH RAYA 2026

KUCHING, 9 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak bersama Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Jumaat.

Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membantu golongan yang memerlukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Maritim Malaysia Negeri Sarawak diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Simon Templer Lo ak Tusa.

Terdahulu, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.

Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan video khas Sumbangsih Raya 2026 sebelum ucapan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang menekankan kepentingan semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam membantu golongan memerlukan menjelang musim perayaan.

Kemuncak majlis menyaksikan penyerahan simbolik Sumbangsih Raya 2026 kepada para penerima yang layak, diikuti penyampaian cenderamata serta sesi bergambar bersama kenamaan dan wakil agensi yang terlibat.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri bersama agensi berkaitan dalam memperkukuh kebajikan masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak menjelang sambutan Aidilfitri.

PREMIER SWK2
 
PREMIER SWK3
 
PREMIER SWK4
 
PREMIER SWK6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC