02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA LAWAT ABU BAKAR MARITIME BASE (ABMB), TINJAU KEADAAN SEMASA STRUKTUR BANGUNAN

BATUAN TENGAH, 9 OKTOBER – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah telah mengadakan lawatan kerja ke Abu Bakar Maritime Base (ABMB), Batuan Tengah sempena Lawatan Pemeriksaan dan Penilaian Status Aset Tak Alih Kerajaan di pangkalan tersebut, hari ini.

Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau keadaan semasa struktur bangunan dan jeti di ABMB yang mengalami kerosakan, serta menilai keperluan dan kebajikan petugas di pangkalan bagi memastikan pengoperasian ABMB berjalan lancar dan berkesan.

Lawatan dimulakan dengan sesi menandatangani buku pelawat seterusnya delegasi dijemput ke bilik mesyuarat ABMB untuk sarapan pagi sebelum meneruskan tinjauan di sekitar bangunan dan jeti pangkalan.

Sepanjang tinjauan, Datuk Haji Mohd Rosli meneliti keadaan semasa infrastruktur dan meninjau operasi harian petugas di ABMB. Taklimat mengenai fungsi dan keperluan pangkalan turut disampaikan oleh Pegawai Memerintah ABMB, Komander Maritim Mohd Affandi bin Ismail.

Turut hadir pada lawatan tersebut, Pengarah Bahagian Pembangunan Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Zulinda binti Ramly, Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik serta Pemangku Pengarah Maritim Negeri Johor, Kepten Maritim Kama Azri bin Kamil.

Lawatan diakhiri dengan jamuan tengah hari bersama warga pangkalan sebelum delegasi berlepas meninggalkan ABMB.

ABMB KP3
 
ABMB KP
 
ABMB KP4
 
ABMB KP5

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC