13
Jum, Mac

Grid List

VESEL PUKAT JERUT DITAHAN MENANGKAP IKAN TERLALU HAMPIR DENGAN DARATAN

BANTUAN ASET MARITIM MALAYSIA - INSIDEN KAPAL LAYAR TERKANDAS DI PERAIRAN LANGKAWI

VESEL TUNDA GAGAL KEMUKA DOKUMEN, DITAHAN DI PERAIRAN MIRI

VESEL TUNDA DISYAKI LANGGAR ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR 1952 DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT TUNDA KELAS B LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DAN IMIGRESEN

CUBAAN SELUDUP 37 PATI DIGAGALKAN, TEKONG WARGA THAILAND ANTARA DITAHAN

LANGGAR SYARAT LESEN, BOT NELAYAN DITAHAN DI PERAIRAN TANJUNG PAYUNG

DUA BOT BERSAMA 1,870 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI DIRAMPAS

PERKUKUH SINERGI TIM SELAM MARITIM MALAYSIA & TLDM DALAM EKSESAIS SAMUDERA PERKASA BARAT SIRI 8/2025

KUANTAN, 2 OKTOBER – Seramai 25 penyelam daripada Skuadron Selam Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Pasukan Penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah melaksanakan latihan menyelamat di ruang sempit (confined space) sempena Eksesais Samudera Perkasa Barat Siri 8/2025.

Eksesais yang dihoskan oleh Maritim Malaysia pada tahun ini berlangsung dari 30 September hingga 6 Oktober 2025 dengan mengangkat tema 'Pengukuhan Penguatkuasaan Undang-Undang dan CARILAMAT (SAR)'.

Latihan berfokus itu dijalankan di Kompleks Kolam Renang Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) dan merangkumi kemahiran asas serta lanjutan seperti 'breath holding' dan 'emergency drill', teknik pencarian bawah air, teknik selaman ruang sempit, pengenalan kaedah menyelamat di ruang sempit bawah air, penggunaan 'face mask for survivor' serta latihan 'chamber dive' sehingga kedalaman 30 meter.

Pelaksanaan modul berkenaan memberi penekanan kepada aspek keselamatan, kecekapan dan kesiapsiagaan penyelam dalam menghadapi operasi menyelamat berisiko tinggi, di samping memperkukuh kerjasama erat di antara Maritim Malaysia dan TLDM.

Eksesais Samudera Perkasa Barat merupakan platform bersepadu antara dua perkhidmatan dalam meningkatkan keupayaan operasi bersama, khususnya bagi tujuan penguatkuasaan undang-undang, tindak balas kecemasan serta penyelarasan misi mencari dan menyelamat di perairan negara.

Program bersepadu seperti ini juga dilihat penting dalam memastikan semua pasukan penyelam kekal seragam dari segi prosedur operasi standard (SOP), penggunaan peralatan serta koordinasi taktikal ketika berdepan insiden sebenar di lapangan.

Eksesais berkenaan turut dijangka menyumbang kepada peningkatan interoperabiliti dan kesiapsiagaan aset serta anggota bagi menghadapi sebarang cabaran operasi maritim yang semakin kompleks.

 

SELAM EKSPB2
 
SELAM EKSPB3
 
SELAM EKSPB4
 
SELAM EKSPB5
Grid List

MARITIM NEGERI SARAWAK HADIRI MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGSIH RAYA 2026

KUCHING, 9 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak bersama Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Jumaat.

Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membantu golongan yang memerlukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Maritim Malaysia Negeri Sarawak diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Simon Templer Lo ak Tusa.

Terdahulu, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.

Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan video khas Sumbangsih Raya 2026 sebelum ucapan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang menekankan kepentingan semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam membantu golongan memerlukan menjelang musim perayaan.

Kemuncak majlis menyaksikan penyerahan simbolik Sumbangsih Raya 2026 kepada para penerima yang layak, diikuti penyampaian cenderamata serta sesi bergambar bersama kenamaan dan wakil agensi yang terlibat.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri bersama agensi berkaitan dalam memperkukuh kebajikan masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak menjelang sambutan Aidilfitri.

PREMIER SWK2
 
PREMIER SWK3
 
PREMIER SWK4
 
PREMIER SWK6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC