13
Jum, Mac

Grid List

VESEL PUKAT JERUT DITAHAN MENANGKAP IKAN TERLALU HAMPIR DENGAN DARATAN

BANTUAN ASET MARITIM MALAYSIA - INSIDEN KAPAL LAYAR TERKANDAS DI PERAIRAN LANGKAWI

VESEL TUNDA GAGAL KEMUKA DOKUMEN, DITAHAN DI PERAIRAN MIRI

VESEL TUNDA DISYAKI LANGGAR ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR 1952 DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT TUNDA KELAS B LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DAN IMIGRESEN

CUBAAN SELUDUP 37 PATI DIGAGALKAN, TEKONG WARGA THAILAND ANTARA DITAHAN

LANGGAR SYARAT LESEN, BOT NELAYAN DITAHAN DI PERAIRAN TANJUNG PAYUNG

DUA BOT BERSAMA 1,870 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI DIRAMPAS

KDN RAIKAN PERHIMPUNAN BULANAN DAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2025

PUTRAJAYA, 20 OGOS – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengadakan Perhimpunan Bulanan dan Majlis Perasmian Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat KDN 2025 di Kompleks Setia Perkasa, Putrajaya, hari ini.

Majlis penuh semangat patriotisme itu telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dengan turut dihadiri Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Awang Alik bin Jeman, serta ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah kementerian berkenaan.

Turut hadir mewakili Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ialah Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim, bersama barisan pegawai kanan dan warga Maritim Malaysia.

Dalam ucapannya, Datuk Seri Saifuddin Nasution menegaskan bahawa KDN akan terus komited memainkan peranan penting dalam aspek keselamatan, penguatkuasaan undang-undang, serta kesejahteraan rakyat.

Beliau turut menyeru warga KDN untuk memperkukuh iltizam serta menzahirkan kecintaan terhadap tanah air sejajar dengan tema sambutan tahun ini iaitu ‘Malaysia Madani, Rakyat Disantuni’.

Majlis berkenaan turut diserikan dengan nyanyian lagu patriotik, amanat Menteri, gimik perasmian dan kibaran Jalur Gemilang oleh warga KDN.

Pada majlis sama turut disampaikan Sijil Penghargaan kepada Operatif Unit Tindakhas Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kejayaan dalam Pertandingan Sharp Blade International Sniper Competition.

Selain itu, KDN turut melancarkan portal baharu kementerian sebagai salah satu inisiatif pendigitalan perkhidmatan bagi meningkatkan kecekapan penyampaian maklumat kepada rakyat.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri juga telah menyampaikan MyKad kepada kanak-kanak berusia 12 tahun yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan ini, sebagai sebahagian daripada program pendaftaran MyKad oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Penganjuran acara ini bukan sahaja menyemarakkan semangat cintakan tanah air menjelang Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 pada 31 Ogos, malah menjadi platform memperkukuh perpaduan serta semangat kekitaan warga KDN dan agensi di bawahnya.

 

WhatsApp Image 2025 08 20 at 11.31.38 AM 1
 
WhatsApp Image 2025 08 20 at 11.31.39 AM 1
 
WhatsApp Image 2025 08 20 at 11.31.42 AM 2
 
WhatsApp Image 2025 08 20 at 11.31.48 AM 2

 

Grid List

MARITIM NEGERI SARAWAK HADIRI MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGSIH RAYA 2026

KUCHING, 9 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak bersama Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Jumaat.

Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membantu golongan yang memerlukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Maritim Malaysia Negeri Sarawak diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Simon Templer Lo ak Tusa.

Terdahulu, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.

Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan video khas Sumbangsih Raya 2026 sebelum ucapan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang menekankan kepentingan semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam membantu golongan memerlukan menjelang musim perayaan.

Kemuncak majlis menyaksikan penyerahan simbolik Sumbangsih Raya 2026 kepada para penerima yang layak, diikuti penyampaian cenderamata serta sesi bergambar bersama kenamaan dan wakil agensi yang terlibat.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri bersama agensi berkaitan dalam memperkukuh kebajikan masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak menjelang sambutan Aidilfitri.

PREMIER SWK2
 
PREMIER SWK3
 
PREMIER SWK4
 
PREMIER SWK6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC