11
Rab, Mac

Grid List

VESEL PUKAT JERUT DITAHAN MENANGKAP IKAN TERLALU HAMPIR DENGAN DARATAN

BANTUAN ASET MARITIM MALAYSIA - INSIDEN KAPAL LAYAR TERKANDAS DI PERAIRAN LANGKAWI

VESEL TUNDA GAGAL KEMUKA DOKUMEN, DITAHAN DI PERAIRAN MIRI

VESEL TUNDA DISYAKI LANGGAR ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR 1952 DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT TUNDA KELAS B LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DAN IMIGRESEN

CUBAAN SELUDUP 37 PATI DIGAGALKAN, TEKONG WARGA THAILAND ANTARA DITAHAN

LANGGAR SYARAT LESEN, BOT NELAYAN DITAHAN DI PERAIRAN TANJUNG PAYUNG

DUA BOT BERSAMA 1,870 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH HUBUNGAN STRATEGIK BERSAMA MYJICA

PELABUHAN KLANG, 11 OGOS – Persatuan Alumni Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun Malaysia (MYJICA) telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor pada Jumaat, 8 Ogos lalu sebagai sebahagian daripada Program Interaksi MYJICA–Maritim Malaysia.

Delegasi MYJICA yang diketuai oleh Presidennya, Tuan Haji Norazizul bin Abdul Aziz, disambut mesra oleh Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh bersama warga Maritim Negeri Selangor.

Lawatan ini menjadi platform penting bagi memperkukuh hubungan strategik, berkongsi pengetahuan, serta mempererat kerjasama dalam aspek keselamatan dan penguatkuasaan maritim di perairan negara.

Sepanjang program, delegasi MYJICA telah diberi taklimat ringkas mengenai struktur organisasi, operasi, dan cabaran semasa yang dihadapi Maritim Malaysia. Seterusnya, rombongan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah untuk mengikuti pelayaran bersama KM DANGA.

Dalam sesi pelayaran tersebut, para delegasi berpeluang melihat secara dekat pengendalian aset operasi oleh anggota Maritim Malaysia serta mempelajari aspek kelautan, navigasi, dan tugasan penguatkuasaan maritim.

Pengarah Maritim Negeri Selangor merakamkan penghargaan kepada MYJICA atas kesudian meluangkan masa bagi menjayakan program ini, sambil menyatakan keyakinan bahawa hubungan strategik ini akan membuka lebih banyak peluang kerjasama di masa hadapan.

MYJICA MN SEL2
 
MYJICA MN SEL3
 
MYJICA MN SEL5
 
MYJICA MN SEL6

Grid List

MARITIM NEGERI SARAWAK HADIRI MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGSIH RAYA 2026

KUCHING, 9 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak bersama Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Jumaat.

Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membantu golongan yang memerlukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Maritim Malaysia Negeri Sarawak diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Simon Templer Lo ak Tusa.

Terdahulu, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.

Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan video khas Sumbangsih Raya 2026 sebelum ucapan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang menekankan kepentingan semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam membantu golongan memerlukan menjelang musim perayaan.

Kemuncak majlis menyaksikan penyerahan simbolik Sumbangsih Raya 2026 kepada para penerima yang layak, diikuti penyampaian cenderamata serta sesi bergambar bersama kenamaan dan wakil agensi yang terlibat.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri bersama agensi berkaitan dalam memperkukuh kebajikan masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak menjelang sambutan Aidilfitri.

PREMIER SWK2
 
PREMIER SWK3
 
PREMIER SWK4
 
PREMIER SWK6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC