02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

HARI BERSAMA MEDIA 2025 | ERAT HUBUNGAN STRATEGIK, DALAMI TUGAS APMM

KUANTAN, 7 OGOS – Program Hari Bersama Media (HBM) anjuran Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menghimpunkan lebih 50 pengamal media daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta dalam program dua hari yang berlangsung dari 3 hingga 4 Ogos 2025 di Lapang Sasar Tertutup Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Gebeng, Pahang.

Program tahunan ini dianjurkan bertujuan menghargai peranan media dalam menyampaikan maklumat mengenai operasi dan tanggungjawab agensi kepada masyarakat selain mengeratkan hubungan strategik antara pihak media dan Maritim Malaysia.

Antara pengisian utama program kali ini termasuk pertandingan menembak menggunakan pistol Glock 19, pertandingan berkayak di Pusat Selam AMSAS serta peluang menaiki KM LANGKAWI dan menyaksikan demonstrasi tembakan senjata GPMG dan M16 oleh anggota Maritim Malaysia.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli bin Abdullah berkata program HBM memberi pendedahan secara langsung kepada rakan media tentang peranan Maritim Malaysia, sekali gus meningkatkan pemahaman terhadap cabaran yang dihadapi warga hadapan agensi itu.

“Media merupakan rakan strategik yang telah bersama kami sejak awal penubuhan agensi ini. Kami amat menghargai sokongan berterusan media dalam menyampaikan maklumat tepat kepada masyarakat. Tahun ini, selain aktiviti menembak, kami beri kelainan dengan membawa rakan media menaiki KM LANGKAWI untuk lebih memahami operasi kami di laut,” katanya dalam ucapan perasmian program tersebut.

Antara yang hadir dalam HBM ialah Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim, Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah, Pengarah AMSAS, Laksamana Pertama Maritim Hamizan bin Harun dan Pengarah Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh, barisan pengurusan tertinggi yang lain dan para jemputan serta wakil Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Sementara itu, Ketua Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia, Puan Salawati binti Yahaya berkata program seumpama ini memainkan peranan penting dalam menjalin hubungan dua hala yang lebih berkesan antara agensi dan media.

“Program HBM adalah wadah kami menghargai kerjasama erat media yang telah banyak membantu menyampaikan maklumat berkaitan keselamatan maritim negara. Ia juga memperlihatkan keterbukaan dan komitmen Maritim Malaysia terhadap komunikasi strategik yang efektif,” ujarnya.

Untuk rekod, KM LANGKAWI ialah kapal ronda luar pesisir (OPV) sepanjang 75 meter yang dibina di Korea Selatan. Ia direka bagi melaksanakan operasi rondaan dan pengawasan di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) dan berupaya beroperasi di laut sehingga dua minggu termasuk dalam cuaca buruk.

Program ini diharap dapat memperkukuh kerjasama berterusan antara Maritim Malaysia dan institusi media dalam mendukung aspirasi keselamatan perairan negara.

HARI MEDIA 2025 2
 
HARI MEDIA 2025 3
 
HARI MEDIA 2025 4
 
HARI MEDIA 2025 5

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC