KOTA KINABALU, 5 OGOS – Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) peringkat Sabah bagi tahun 2025 telah bermula secara rasmi pada 1 Ogos 2025 lalu dengan penyertaan 20 agensi kerajaan dan swasta dengan kekuatan 60 orang peserta menyelusuri 75 checkpoint jarak perjalanan lebih 2500km seluruh Sabah.
Timbalan Pengarah Pengurusan Negeri Maritim Negeri Sabah, Puan Siti Norhaini binti Osli, mengetuai konvoi mewakili Maritim Negeri bersama beberapa anggota Maritim Negeri Sabah dengan semangat jiwa merdeka dan kasih pertiwi.
Lokasi persinggahan pertama konvoi hari ini adalah Pekan Donggongon, Penampang, yang turut menyaksikan pelaksanaan pelbagai aktiviti bersama komuniti, agihan bendera 1R1JG dan perasmian mural HKHS oleh YBhg Datuk Jannie Lasimbang, ADUN N.25 Kepayan merangkap Pengerusi Korporasi Pembangunan Desa (KPD).
Konvoi diteruskan ke SK Moyog menyantuni anak-anak pelajar sekolah dalam menanam semangat cinta dan taat negara berpandukan prinsip Rukun Negara, menyemarakkan perpaduan dan mengelorakan semangat cinta negara dengan semangat Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada di IPD Penampang.
Lokasi teralhir konvoi hari ini bersama YB Datuk Ewon Benedick, Menteri KUSKOP merangkap ahli parlimen P174 Penampang menyantuni komuniti Kg Penampang Kondis. Serahan bendera Jalur Gemilang, agihan bakul makanan dan jualan peniaga antara pengisian majlis.




















.svg.png)

