PUTRAJAYA, 9 JULAI – Ketua Audit Dalam, Bahagian Audit Dalam Kementerian Dalam Negeri (KDN), YBrs. Tuan Azunan bin Daud telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah di pejabatnya di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya hari ini.
Kunjungan ini merupakan langkah memperkukuh hubungan profesional dan strategik antara Bahagian Audit Dalam dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam memastikan tadbir urus yang telus, akauntabiliti dan pengurusan risiko yang cekap selaras dengan prinsip Kerajaan MADANI.
Pertemuan ini turut membuka ruang perbincangan mengenai aspek pemantauan dalaman, pematuhan prosedur dan penambahbaikan berterusan terhadap sistem penyampaian perkhidmatan awam khususnya dalam konteks penguatkuasaan keselamatan maritim negara.
Maritim Malaysia komited untuk terus bekerjasama rapat dengan Bahagian Audit Dalam demi memperkukuh integriti, kecekapan dan keberkesanan dalam tadbir urus organisasi.

















.svg.png)

