13
Jum, Mac

Grid List

VESEL PUKAT JERUT DITAHAN MENANGKAP IKAN TERLALU HAMPIR DENGAN DARATAN

BANTUAN ASET MARITIM MALAYSIA - INSIDEN KAPAL LAYAR TERKANDAS DI PERAIRAN LANGKAWI

VESEL TUNDA GAGAL KEMUKA DOKUMEN, DITAHAN DI PERAIRAN MIRI

VESEL TUNDA DISYAKI LANGGAR ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR 1952 DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT TUNDA KELAS B LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DAN IMIGRESEN

CUBAAN SELUDUP 37 PATI DIGAGALKAN, TEKONG WARGA THAILAND ANTARA DITAHAN

LANGGAR SYARAT LESEN, BOT NELAYAN DITAHAN DI PERAIRAN TANJUNG PAYUNG

DUA BOT BERSAMA 1,870 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA PERKASA KESEDIAAN ANGGOTA HADAPI KECEMASAN, SELARI ASPIRASI MADANI

PUTRAJAYA, 3 JULAI – Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan agenda reformasi Kementerian Dalam Negeri (KDN), Maritim Malaysia terus komited memperkukuh kesiapsiagaan anggota menghadapi sebarang kemungkinan menerusi Kursus First Aid, CPR dan AED anjuran bersama Hospital Pakar An-Nur.

Kursus yang berlangsung di Ibu Pejabat Maritim Malaysia ini memberi penekanan kepada kecekapan anggota dalam menangani situasi kecemasan di lapangan. Modul merangkumi latihan CPR, penggunaan AED, rawatan asas kecederaan dan pengurusan kecemasan di lokasi insiden.

Program bukan sahaja meningkatkan kompetensi operasi, malah mencerminkan komitmen Maritim Malaysia terhadap nilai-nilai ihsan, keselamatan dan kecekapan – selari dengan teras MADANI dan pembaharuan sistem keselamatan awam negara di bawah KDN.

Majlis penutup disempurnakan oleh Komander Maritim Amir Ai’zzuddin Bin Tajuddin dengan penyampaian sijil kepada peserta dan pihak hospital. Kursus ini dijangka diteruskan secara berkala demi memastikan Maritim Malaysia kekal sebagai agensi barisan hadapan yang cekap, responsif dan berwibawa.

 

KURSUS FIRST AID2
 
KURSUS FIRST AID3
 
KURSUS FIRST AID4
 
KURSUS FIRST AID6
Grid List

MARITIM NEGERI SARAWAK HADIRI MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGSIH RAYA 2026

KUCHING, 9 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak bersama Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Jumaat.

Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membantu golongan yang memerlukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Maritim Malaysia Negeri Sarawak diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Simon Templer Lo ak Tusa.

Terdahulu, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.

Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan video khas Sumbangsih Raya 2026 sebelum ucapan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang menekankan kepentingan semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam membantu golongan memerlukan menjelang musim perayaan.

Kemuncak majlis menyaksikan penyerahan simbolik Sumbangsih Raya 2026 kepada para penerima yang layak, diikuti penyampaian cenderamata serta sesi bergambar bersama kenamaan dan wakil agensi yang terlibat.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri bersama agensi berkaitan dalam memperkukuh kebajikan masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak menjelang sambutan Aidilfitri.

PREMIER SWK2
 
PREMIER SWK3
 
PREMIER SWK4
 
PREMIER SWK6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC