MIRI, 18 JUN – Zon Maritim Miri semalam menerima kunjungan kerja daripada Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Ybrs. Tuan Encik Fakhrul Razi bin Ab Wahab.
Ketibaan beliau disambut mesra oleh Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad bersama warga Maritim Malaysia di zon tersebut.
Sepanjang lawatan, beliau telah diberikan taklimat operasi melibatkan aset-aset Maritim Malaysia di perairan Sarawak, khususnya bagi kawasan tanggungjawab Zon Maritim Miri.
Turut diadakan ialah lawatan tapak ke sekitar kompleks Zon Maritim Miri yang merangkumi bangunan pentadbiran, lokap, kuarters, surau, jeti serta beberapa fasiliti lain yang menyokong keperluan operasi harian agensi.
Maritim Malaysia merakamkan penghargaan atas kesudian pihak KDN meluangkan masa meninjau kesiapsiagaan operasi dan prasarana Zon Maritim Miri.





















.svg.png)

