02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

LAWATAN JULUNG KALI PENGARAH MARITIM SABAH KE LAHAD DATU PERKUKUH KESIAPSIAGAAN DAN KERJASAMA STRATEGIK

LAHAD DATU, 12 JUN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia ) Zon Maritim Lahad Datu julung kali menerima kunjungan Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali ke pejabat baharunya, semalam sejak beliau dilantik sebagai Pengarah Maritim Negeri.

Dalam ucapan beliau, Khairulanuar memaklumkan lawatan ini bertujuan meninjau keperluan semasa zon dari sudut sumber manusia, kemudahan infrastruktur dan pengurusan logistik bagi memastikan tahap kesiapsiagaan anggota dan aset sentiasa berada di tahap terbaik.

"Saya ingin melihat dengan lebih dekat cabaran yang dihadapi warga zon dan mencari penyelesaian tuntas agar penyampaian perkhidmatan dapat dilaksanakan secara lebih efisien serta menyeluruh," katanya lagi.

Lawatan kerja tersebut turut disertai delegasi pegawai kanan Maritim Malaysia dari pelbagai zon di Sabah termasuk Ketua Staf Bahagian Operasi Laut ESSCOM, Laksamana Pertama Maritim Abd Razak Mohamed, Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Amir Shubli, Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Hasbullah Omar; Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairi Hussain dan Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Sabah dan WP Labuan, Puan Siti Norhaini Osli.

Terdahulu ketibaan delegasi disambut oleh Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali yang turut mengiringi mereka meninjau fasiliti baharu zon berkenaan.

Dalam sesi perjumpaan bersama warga kerja zon, Khairulanuar berkongsi hala tuju pentadbiran, strategi operasi semasa serta penyelarasan keperluan sumber dan pembangunan infrastruktur bagi memperkukuh keselamatan perairan timur Sabah.

Sesi ini turut membuka ruang dialog dua hala antara kepimpinan Maritim Negeri dan pegawai zon untuk menyuarakan cadangan, pandangan serta menyelesaikan isu berkaitan keperluan logistik dan sumber manusia.

Usai sesi berkenaan, program diteruskan di Lapang Sasar PGA Batalion 3 Lahad Datu dengan ujian penembakan falling plate, yang turut disertai oleh para delegasi serta pegawai Zon Maritim Lahad Datu.

“Latihan ini bukan sekadar mengukur kecekapan teknikal dan keupayaan fizikal anggota, tetapi juga sebagai platform mengukuhkan disiplin, ketepatan, serta semangat kerjasama dalam situasi operasi berisiko tinggi,” tegas beliau.

Turut hadir dalam sesi tersebut ialah wakil agensi luar seperti Jabatan Laut Malaysia (JLM), Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 3 dan media tempatan, menjadikan jumlah keseluruhan peserta mencecah 70 orang.

Lawatan ini mencerminkan komitmen Maritim Malaysia dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi serta memastikan tahap kesiapsiagaan aset dan anggota sentiasa berada di tahap tertinggi, khususnya di kawasan operasi berprofil tinggi seperti perairan Lahad Datu.

 

LAWATAN LD6
 
LAWATAN LD7
 
LAWATAN LD9
 
LAWATAN LD5
Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC