13
Jum, Mac

Grid List

VESEL PUKAT JERUT DITAHAN MENANGKAP IKAN TERLALU HAMPIR DENGAN DARATAN

BANTUAN ASET MARITIM MALAYSIA - INSIDEN KAPAL LAYAR TERKANDAS DI PERAIRAN LANGKAWI

VESEL TUNDA GAGAL KEMUKA DOKUMEN, DITAHAN DI PERAIRAN MIRI

VESEL TUNDA DISYAKI LANGGAR ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR 1952 DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT TUNDA KELAS B LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DAN IMIGRESEN

CUBAAN SELUDUP 37 PATI DIGAGALKAN, TEKONG WARGA THAILAND ANTARA DITAHAN

LANGGAR SYARAT LESEN, BOT NELAYAN DITAHAN DI PERAIRAN TANJUNG PAYUNG

DUA BOT BERSAMA 1,870 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI DIRAMPAS

TIGA KANAK-KANAK BERPAKAIAN WIRA MARITIM MALAYSIA CURI TUMPUAN HARI TERAKHIR LIMA’25

LANGKAWI, 24 MEI — Tiga kanak-kanak mencuri perhatian pengunjung pada hari terakhir Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2025 apabila hadir di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) dengan pakaian lengkap seperti wira Maritim Malaysia.

Dua daripada mereka mengenakan sut penerbang Maritim Malaysia, manakala seorang lagi tampil dalam pakaian taktikal Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) Maritim Malaysia.

Kehadiran mereka bukan sahaja mencetuskan suasana ceria, malah menjadi simbol aspirasi generasi muda terhadap profesion keselamatan maritim negara. Malah ramai pengunjung mengambil peluang bergambar bersama mereka, menjadikan ia antara yang paling dikongsikan di media sosial sepanjang hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Maritim Malaysia sempena LIMA’25, menyatakan rasa bangga terhadap minat yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tersebut.

“Kehadiran mereka dalam pakaian lengkap menunjukkan betapa kuatnya impak pameran ini dalam menyemai semangat patriotisme dan minat terhadap kerjaya maritim sejak usia muda,” ujar beliau.

Reruai Maritim Malaysia di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) dan Resorts World Langkawi (RWL) menampilkan pelbagai teknologi interaktif, termasuk realiti maya (VR) dan realiti tambahan (AR), membolehkan pengunjung merasai pengalaman baharu di pameran tersebut.

Pengunjung juga berpeluang melihat model miniature aset Maritim Malaysia yang memaparkan kedudukan kapal peronda dan aset operasi di seluruh perairan negara.

Pameran yang berlangsung dari 20 hingga 24 Mei 2025 ini berjaya menarik kehadiran lebih 10 ribu pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat, membuktikan keberkesanan pendekatan interaktif dalam mendekatkan Agensi ini dengan komuniti.

“Melalui pendekatan bertemakan ‘Mendekati Komuniti Melalui Teknologi Interaktif’, kami berharap ia dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranan penting Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan perairan negara.” tambah Datuk Saiful Lizan.

Dengan sambutan hangat yang diterima, Maritim Malaysia berhasrat untuk terus memperkasa pendekatan ini dalam pameran akan datang. Dan yang paling dinanti-nantikan, Maritim Malaysia akan kembali lagi di pentas LIMA’27 dengan pameran yang lebih berinovasi, interaktif dan berimpak tinggi.

 

KANAK KANAK MARITIM
 
KANAK KANAK MARITIM2
 
KANAK KANAK MARITIM4
 
KANAK KANAK MARITIM6
Grid List

MARITIM NEGERI SARAWAK HADIRI MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGSIH RAYA 2026

KUCHING, 9 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak bersama Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Jumaat.

Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membantu golongan yang memerlukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Maritim Malaysia Negeri Sarawak diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Simon Templer Lo ak Tusa.

Terdahulu, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.

Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan video khas Sumbangsih Raya 2026 sebelum ucapan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang menekankan kepentingan semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam membantu golongan memerlukan menjelang musim perayaan.

Kemuncak majlis menyaksikan penyerahan simbolik Sumbangsih Raya 2026 kepada para penerima yang layak, diikuti penyampaian cenderamata serta sesi bergambar bersama kenamaan dan wakil agensi yang terlibat.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri bersama agensi berkaitan dalam memperkukuh kebajikan masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak menjelang sambutan Aidilfitri.

PREMIER SWK2
 
PREMIER SWK3
 
PREMIER SWK4
 
PREMIER SWK6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC