03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

MARITIM NEGERI PAHANG TINGKATKAN KESIAPSIAGAAN, KUASAI RAWATAN KECEMASAN

KUANTAN, 23 APRIL – Dalam usaha memperkukuh kesiapsiagaan dan kecekapan anggota menghadapi situasi kecemasan di laut, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang telah menganjurkan Kursus Perawatan Awal Kecemasan Bil. 1/2025, bermula 22 hingga 23 April bertempat di Auditorium Datuk Ibrahim, Ibu Pejabat Maritim Negeri Pahang.

Seramai 37 pegawai dan anggota menyertai kursus intensif selama dua hari anjuran Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kuantan, yang memberi penekanan terhadap kemahiran asas perawatan kecemasan di lapangan – satu komponen penting dalam operasi menyelamat dan Search and Rescue (SAR).

Kursus yang dikendalikan oleh tenaga pakar perubatan dari Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Dr. Ahmad Yushree bin Mohad Salim, Mohd Rushdi bin Mohd Sam dan Muhammad Thaqif bin Mohd Rasidi, merangkumi sesi teori dan praktikal, termasuk teknik Cardio Pulmonary Resuscitation (CPR), rawatan kecederaan seperti luka, patah tulang dan trauma, serta pengendalian awal mangsa di lokasi kejadian.

Peserta turut diberi peluang melaksanakan latihan praktikal CPR bagi memperkukuh kemahiran secara hands-on sebagai persediaan menghadapi insiden sebenar.

Majlis penutupan kursus disempurnakan oleh Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab yang turut menyampaikan cenderahati kepada para penceramah.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan kepentingan kursus seumpama ini dijadikan latihan wajib bagi anggota Maritim Malaysia demi meningkatkan kecekapan dan tahap profesionalisme.

“Keupayaan memberi rawatan awal kepada mangsa di lokasi kejadian mampu menjadi pemisah antara hidup dan mati. Justeru, kursus ini bukan sahaja penting, malah wajar dijadikan sebahagian daripada latihan teras Maritim Malaysia,” tegas beliau.

Kesemua peserta yang berjaya menamatkan kursus menerima Sijil Kompetensi yang sah selama dua tahun sebagai pengiktirafan terhadap penguasaan kemahiran yang diperoleh.

Penganjuran kursus ini mencerminkan komitmen berterusan Maritim Malaysia dalam memperkasakan anggota serta memastikan keselamatan nyawa dan harta di perairan negara terus terjamin.

 

WhatsApp Image 2025 04 23 at 9.23.37 PM
 
WhatsApp Image 2025 04 23 at 9.23.36 PM 2
 
WhatsApp Image 2025 04 23 at 9.23.38 PM 1
 
WhatsApp Image 2025 04 23 at 9.23.38 PM 2
Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC