03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERKASA KECEKAPAN ASET MARITIM, KM SIANGIN & KM TENGGOL LALUI PRA-PTKK

LANGKAWI, 23 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis terus melangkah proaktif dalam memperkasakan tahap kesiapsiagaan aset-aset operasinya menerusi pelaksanaan sesi Pra Penentuan Tahap Kecekapan Kapal (Pra-PTKK) pada 15 April lalu.

Latihan intensif ini melibatkan dua buah aset utama Maritim Malaysia iaitu KM SIANGIN dan KM TENGGOL sebagai persediaan rapi menjelang Penilaian Tahap Kecekapan Kapal (PTKK) sebenar yang dijadualkan berlangsung dalam masa terdekat.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa menjelaskan, pelaksanaan pra-PTKK merupakan satu langkah penting dalam memastikan tahap kecekapan operasi serta kesiapsiagaan aset dan kru kapal sentiasa berada di tahap tertinggi.

“Latihan ini bukan sahaja menguji keupayaan fizikal dan teknikal warga kapal, malah menilai tahap pengurusan serta ketahanan mental dalam menghadapi sebarang situasi operasi,” katanya.

Pra-PTKK kali ini diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais, Komander Maritim Fadzliana binti Fadzil. KM SIANGIN dikemudi oleh Pegawai Memerintah, Leftenan Komander Maritim Mohd Hafidz bin Mohd Tajuddin, manakala KM TENGGOL dipimpin Leftenan Komander Maritim Ahmad Shakur bin Jamaludin.

Selain sesi penilaian lapangan, pemeriksaan dokumentasi dan kelengkapan turut dilaksanakan secara menyeluruh oleh Team Pra-PTKK MNKP yang telah dilantik sebagai persediaan awal sebelum pemeriksaan penuh oleh Seksyen Latihan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM).

Apa yang lebih membanggakan, sepanjang latihan berlangsung, semua kru kapal menunjukkan semangat kerja berpasukan yang jitu serta komitmen tinggi dalam setiap tugasan yang diberikan, sekali gus mencerminkan tahap profesionalisme yang menjadi teras kepada Maritim Malaysia.

Maritim Malaysia terus komited memastikan setiap aset dan anggota sentiasa bersedia menghadapi sebarang cabaran di lautan demi mempertahankan keselamatan dan kesejahteraan perairan negara.

 

PRA PTK
 
PRA PTK3
 
PRA PTK4
Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC