KUCHING, 19 APRIL - Maritim Malaysia baru-baru ini telah menyempurnakan Majlis Menandatangani Sijil Makmal Kajian Nilai (VA Lab) bagi Perolehan Sebuah Multi-Purpose Mission Ship (MPMS), Perolehan Dua Buah Kapal Ronda Generasi Baru (New Generatioan Patrol Craft - NGPC), Perolehan Meriam 30mm bagi kapal Maritim Malaysia dan Perolehan Ship Life Extension Programme (SLEP) Fasa 2 bertempat di Kuching, Sarawak pada 17 April lalu.
Majlis itu telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim bersama-sama dengan Timbalan Setiausaha Bahagian Perolehan, Kementerian Dalam Negeri, Encik Nazib bin Che Din dan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Ekonomi, Puan Faizaitul Akmar binti Madeli.
Makmal Kajian Nilai diadakan bertujuan untuk memuktamadkan skop dan kos bagi setiap perolehan dengan dibantu oleh barisan fasilitator dari Bahagian Pengurusan Nilai, Kementerian Ekonomi. Perjalanan makmal turut dibantu oleh ahli-ahli yang terdiri daripada Pegawai-pegawai dari Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Ekonomi, Pegawai-pegawai dari Bahagian Perolehan, Kementerian Dalam Negeri, Subject Matter Expert dari Tentera Laut Diraja Malaysia dan Ahli-ahli Jawatankuasa Spesifikasi setiap perolehan tersebut.
Sesi menandatangani Sijil Makmal Kajian Nilai merupakan simbolik persetujuan bersama kos dan nilai yang dipersetujui untuk setiap projek dengan mengambil kira keperluan sebenar projek dan mendapatkan best value for money dengan memastikan projek tidak mengandungi elemen kemewahan.
Maritim Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dan berharap hasil makmal dapat memberi manfaat yang berterusan kepada negara demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan Zon Maritim Malaysia sentiasa terpelihara.





















.svg.png)

