PUTRAJAYA, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat daripada Chief of Philippine Coast Guard, Rear Admiral Hostillo Arturo E. Cornelio di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, di sini hari ini.
Ketibaan deligasi disambut dengun istiadat Kawalan Kehormatan Setempat di Perkarangan Ibu Pejabat Maritim Malaysia.
Pertemuan kunjungan hormat telah berlangsung selama satu jam bersama Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim.
Pertemuan telah membincangkan pelbagai perkara termasuk isu keselamatan perairan serantau serta hal ehwal pembangunan modal insan yang dapat memberikan impak positif dalam memastikan perairan kedua-dua negara sentiasa berada dalam keadaan harmoni.
Turut serta dalam pertemuan tersebut, Timbalan Pengarah Bahagian Penyelarasan dan Penguatkuasaan Maritim, Laksamana Pertama Maritim Vincent A/l Rajamony; Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa, Kepten Maritim Mohd Nasir bin Man dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim, Kepten Maritim Muhammad Suffi bin Mohd Ramli serta pegawai-pegawai Philippine Coast Guard.





















.svg.png)

