03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

RESCUE DIVER EXERCISE (REDEX INTERMEDIATE) APMM – JICA 2025

KLANG, 4 MAC - Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (PTK), Maritim Malaysia dengan kerjasama Japan International Cooperation Agency (JICA) dan Japan Coast Guard ( JCG ) telah melaksanakan dua siri kursus menyelamat iaitu Rescue Diver Exercise (REDEX Intermediate) di Perairan Pulau Pangkor dan Latihan Menyelamat Khas yang dikendalikan oleh jurulatih Special Rescue Team (SRT) ke atas anggota-anggota Mobile Rescue Team (MRT) PTK di Skuadron Gempur Semenanjung, Pelabuhan Klang.

Sepanjang tempoh kursus, peserta telah diberi latihan intensif yang merangkumi teori dan amali dalam tugasan menyelam serta pengurusan keselamatan penyelam dan penilaian risiko dalam tugas menyelamat.

Pada akhir kursus ini, peserta telah menunjukkan peningkatan yang ketara dalam kepimpinan pasukan, kemahiran menyelam serta keupayaan untuk mengawal dan menangani situasi kecemasan dengan lebih berkeyakinan.

Selain itu, perkongsian teknik dan pengalaman dari JCG telah memberikan nilai tambah kepada peserta dalam menghadapi cabaran dalam penyelaman dan teknik menyelamat mangsa.

Secara keseluruhannya, kursus yang dilaksanakan berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Dengan berakhirnya kursus ini, diharapkan peserta akan dapat memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh untuk meningkatkan lagi tahap kesiapsiagaan dan keberkesanan dalam menjalankan operasi penyelamatan di perairan Malaysia.

 

REDEX APMM JICA4
 
REDEX APMM JICA3
 
REDEX APMM JICA5
 
REDEX APMM JICA2
Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC