SERDANG, 4 MAC – Barisan pengurusan tertinggi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas Pengarah Bahagian Pengangkutan, Kepten Maritim Iskandar bin Ishab @ Ishak di Hospital Serdang kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya, petang semalam.
Antara yang hadir dalam lawatan itu ialah Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd. Rosli bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim, Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah, Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Muda Maritim Nurul Hizam bin Zakaria, Pengarah Bahagian Pembangunan, Laksamana Pertama Maritim Zulinda binti Haji Ramly dan Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah bin Soahdi.
Kemalangan itu berlaku berhampiran Bulatan Bunga Raya UNITEN pada jam 6.00 petang semalam (Isnin), ketika Kepten Maritim Iskandar sedang memandu sendirian dalam perjalanan pulang ke rumah dari pejabat.
Sejurus kejadian, mangsa telah dibantu oleh orang awam dan dikejarkan ke Hospital Serdang menaiki ambulan bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Seluruh warga Maritim Malaysia mendoakan agar beliau diberi kesembuhan dan kesihatan seperti sedia kala di bulan Ramadan yang penuh rahmat ini.




















.svg.png)

