PUTRAJAYA, 20 FEBRUARI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di Malaysia, Tuan Yang Terutama Brigadier Jeneral (Bersara) Dato Paduka Haji Mahmud bin Haji Saidin di Ibu Pejabat Maritim Putrajaya, pagi tadi.
Delegasi Brunei telah disambut oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah di pejabatnya pada jam 9.30 pagi.
Dalam pertemuan itu, pelbagai perkara telah dibincangkan antaranya ialah mengenai kerjasama keselamatan maritim di antara Malaysia dan Brunei Darussalam.
Turut hadir mengiringi Ketua Pengarah ialah Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Strategik dan Antarabangsa (BPSA), Kepten Maritim Mohammad Nasir bin Man dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Keselamatan Dan Pengawasan Maritim (BKPM), Kepten Maritim Muhammad Suffi bin Mohd Ramli.




















.svg.png)

