NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT
MAJLIS BACAAN YASSIN SEMPENA NISFU SYAABAN DAN SOLAT HAJAT SEMPENA DUA DEKAD MARITIM MALAYSIA
GEORGETOWN, 13 FEBRUARI – Lebih 500 hadir bagi mengimarahkan Majlis Bacaan Yassin sempena Nisfu Syaaban dan Solat Hajat sempena Sambutan Dua Dekad Maritim Malaysia yang diadakan di Masjid Al-Bukhary, Sungai Pinang, Jelutong.
Terdahulu, Solat Hajat telah dipimpin oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khidmat Pengurusan Maritim Malaysia, Kepten Maritim Ustaz Haji Nik Kamaruddin bin Haji Yunoh serta diikuti Bacaan Yassin dibawah pimpinan Imam Besar Majid Al-Bukhary, Ustaz Ubaidullah.
Hadir ke majlis, Timbalan Ketua Pengarah Logistik selaku Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Dua Dekad Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim bersama barisan Pengarah-Pengarah Bahagian dan Maritim Negeri, Warga Maritim Malaysia serta 244 pelatih Pegawai Penguat Kuasa Maritim dan Pengawai Penguat Kuasa Lain-lain Pangkat Maritim daripada Akademi Maritim Sultan Ahmad (AMSAS).
Seperti titipan doa yang dilafazkan, semoga Maritim Malaysia terus utuh dalam memastikan kesejahteraan dan keamanan perairan negara sentiasa terpelihara.
MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026
KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.
“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.
Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.
Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.
Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.
Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.
Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.
Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.