KOTA KINABALU, 4 Februari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan WP Labuan telah mengadakan Perbarisan Amanat Pengarah bagi Tahun 2025 diketuai oleh Leftenan Komander Maritim Hizam bin Zulkifli, di Ibu Pejabat Maritim Negeri Sabah dan WP Labuan, Kolombong semalam.
Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik dalam ucapannya, telah menzahirkan rasa bangga dengan segala pencapaian yang diperoleh Maritim Negeri Sabah dan WP Labuan sepanjang tahun 2024 yang lepas.
Selain itu juga, beliau turut mengingatkan Teras Tujuh yang digariskan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia selain mempraktikkan Rukun Negara dalam menjalankan tugas.
Malahan, beliau turut mengucapkan tahniah kepada KM ARAU dan KM MEMMON atas penganugerahan kapal terbaik. Manakala Bot KILAT 39, Bot PENGAWAL 39 dan PERKASA 1222 dianugerahkan bot terbaik.
Dalam majlis itu juga, turut diadakan majlis pemakaian pangkat kepada Pegawai Waran I Maritim dan Laskar Kanan Maritim seramai 10 orang. Seterusnya acara bacaan Ikrar Maritim Malaysia, Ikrar Bebas Rasuah dan Ikrar Akuan Penjawat Awam dan Akta Rahsia Rasmi 1972 telah diketuai oleh Leftenan Dya Maritim Mohd Nazrul Syafiq bin Mohd Mustafa.
Sebelum meninggalkan majlis, satu sesi bergambar kenangan bersama seluruh warga Maritim Negeri Sabah dan WP Labuan diadakan sebagai simbolik pembukaan tahun 2025 serta ucapan Hari Ulang Tahun Maritim Malaysia ke 20.
Turut hadir pada perbarisan tersebut, Timbalan Pengarah Operasi Negeri Kepten Maritim Boon Chin Chau, Timbalan Pengarah Pengurusan Negeri Puan Siti Norhaini binti Osli, Pegawai Memerintah KM ARAU, Kepten Maritim Salehuddin bin Zakaria, Ketua Penolong Pengarah dan Penguatkuasaan Eksesais Komander Maritim Siti Khairunnisak binti Abd Aziz dan pegawai-pegawai kanan yang lain.





















.svg.png)

