KUANTAN, 4 FEBRUARI – Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab, mengadakan Kunjungan Hormat ke atas Pengarah Kastam Negeri Pahang, Tuan Mohd Asri bin Seman, di Pejabat Pengarah Kastam Negeri, pada 3 Februari (Isnin).
Pertemuan ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam usaha mempertingkatkan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang di perairan negeri Pahang.
Sepanjang pertemuan, kedua-dua pihak membincangkan langkah penyelarasan operasi, perkongsian maklumat, serta sinergi dalam aspek perundangan dan penguatkuasaan bagi memperhebat kawalan keselamatan maritim.
Perbincangan turut menyentuh usaha memperkasa kecekapan operasi bersama serta perancangan aktiviti kolaboratif antara kedua-dua agensi dalam tempoh terdekat.
“Kunjungan ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan dua hala, malah membuka ruang kepada perkongsian peranan dan fungsi antara agensi bagi meningkatkan keupayaan dalam menangani ancaman keselamatan di perairan negara,” tegas Mazlan.
Turut mengiringi pada kunjungan tersebut, Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Mohd Marmizi bin Md Nor, Pegawai Memerintah KM PEKAN, Kepten Maritim Yusry bin Hussin, Pegawai Memerintah KM LANGKAWI, Komander Maritim Eizanizam bin Muhammad Eng serta Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais, Komander Maritim Ismail bin Hamzah.
Kunjungan hormat ini diakhiri dengan sesi menandatangani buku lawatan dan pertukaran cenderahati sebagai simbolik jalinan kerjasama erat antara kedua-dua pihak.





















.svg.png)

