13
Jum, Mac

Grid List

VESEL PUKAT JERUT DITAHAN MENANGKAP IKAN TERLALU HAMPIR DENGAN DARATAN

BANTUAN ASET MARITIM MALAYSIA - INSIDEN KAPAL LAYAR TERKANDAS DI PERAIRAN LANGKAWI

VESEL TUNDA GAGAL KEMUKA DOKUMEN, DITAHAN DI PERAIRAN MIRI

VESEL TUNDA DISYAKI LANGGAR ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR 1952 DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT TUNDA KELAS B LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DAN IMIGRESEN

CUBAAN SELUDUP 37 PATI DIGAGALKAN, TEKONG WARGA THAILAND ANTARA DITAHAN

LANGGAR SYARAT LESEN, BOT NELAYAN DITAHAN DI PERAIRAN TANJUNG PAYUNG

DUA BOT BERSAMA 1,870 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI DIRAMPAS

SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ MARITIM NEGERI KELANTAN

PASIR PUTEH, 27 JANUARI – Maritim Negeri Kelantan telah mengadakan Sambutan Israk Mikraj bertempat di ruang legar pejabat Maritim Negeri Kelantan, hari ini. Sambutan Israk Mikraj hari ini diisi dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Kepten Maritim Haji Nik Kamaruddin bin Yunoh.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah bin Soahdi berkata, selain dari berusaha mencapai misi dan objektif agensi, Maritim Negeri Kelantan tidak lupa untuk membuat pengisian rohani berbentuk ceramah agama buat warganya. Program mengajak semua warga Maritim Negeri Kelantan terutamanya yang beragama Islam untuk bersama-sama menghayati makna di sebalik peristiwa Israk Mikraj.

Keperluan ibadah dan tuntutan kerja adalah saling melengkapi dalam kehidupan seorang Muslim. Ibadah mengajar disiplin, niat yang baik, dan keikhlasan yang boleh diterapkan dalam kerja. Begitu juga kerja juga dapat menjadi satu bentuk ibadah jika dilakukan dengan niat yang betul dan mengikut etika Islam. Dengan mengamalkan kedua-duanya dengan seimbang, seseorang akan dapat mencapai kejayaan dalam kehidupan duniawi dan ukhrawi.

Peristiwa Israk Mikraj membawa mesej mendalam tentang kekuatan iman, kepatuhan kepada perintah Allah S.W.T dan hikmah solat sebagai tiang agama. Peristiwa terpenting dalam Israk Mikraj adalah kewajipan solat lima waktu sehari semalam keatas orang Islam. Diharapkan Peristiwa Israk Mikraj ini akan menjadi Ibrah agar warga Maritim Negeri Kelantan menjadi insan yang lebih baik duniawi dan ukhrawi.

 

MN KELANTAN ISRAK MIKRAJ3
 
MN KELANTAN ISRAK MIKRAJ2
Grid List

MARITIM NEGERI SARAWAK HADIRI MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGSIH RAYA 2026

KUCHING, 9 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak bersama Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Jumaat.

Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membantu golongan yang memerlukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Maritim Malaysia Negeri Sarawak diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Simon Templer Lo ak Tusa.

Terdahulu, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.

Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan video khas Sumbangsih Raya 2026 sebelum ucapan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang menekankan kepentingan semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam membantu golongan memerlukan menjelang musim perayaan.

Kemuncak majlis menyaksikan penyerahan simbolik Sumbangsih Raya 2026 kepada para penerima yang layak, diikuti penyampaian cenderamata serta sesi bergambar bersama kenamaan dan wakil agensi yang terlibat.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri bersama agensi berkaitan dalam memperkukuh kebajikan masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak menjelang sambutan Aidilfitri.

PREMIER SWK2
 
PREMIER SWK3
 
PREMIER SWK4
 
PREMIER SWK6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC