PUTRAJAYA, 20 Januari - Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah telah menyertai kunjungan hormat bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail bersama delegasi Vietnam sempena Asia Security Summit & Expo 2025 (AISSE’25) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Kunjungan ini turut melibatkan Timbalan Menteri Keselamatan Awam Vietnam, Leftenan Jeneral Pham The Tung.
Dalam pertemuan tersebut, perbincangan tertumpu kepada isu keselamatan maritim di rantau Asia Tenggara dengan fokus utama pada kerjasama antara Malaysia dan Vietnam dalam memperkukuhkan pengawasan dan keselamatan perairan.
Kunjungan ini juga membuka peluang untuk memperkukuhkan hubungan dua hala dalam aspek keselamatan maritim dan pertukaran kepakaran antara kedua-dua negara. Malaysia dan Vietnam dijangka akan terus bekerjasama dalam usaha memelihara keselamatan dan kestabilan perairan di rantau ini, selaras dengan visi bersama untuk menghadapi cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks.



















.svg.png)

