KUANTAN, 17 JANUARI – Maritim Negeri Pahang mengadakan program kemasyarakatan iaitu ‘Sembang Santai Bersama Komuniti Maritim’ bertempat di Kampung Sungai Ular, Kuantan petang semalam.
Program tersebut yang dihadiri Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Zainudin bin Mohd Zuki serta pegawai dan anggota dari Maritim Negeri Pahang bersama komuniti nelayan pangkalan di kawasan berkenaan.
Program itu dimulakan dengan sesi dialog serta penerangan ringkas berkenaan Preventive SAR (keselamatan dan kesedaran di laut) di samping berkongsi maklumat mengenai aktiviti penduduk setempat.
Menurut beliau, objektif program ini bertujuan untuk menyantuni dan melihat dengan lebih dekat isu-isu aduan dan permasalahan yang dialami oleh komuniti nelayan serta menunjukkan komitmen Maritim Malaysia dalam mewujudkan hubungan kerjasama erat antara komuniti sebagai platform dalam menyalurkan maklumat mengenai pelanggaran undang-undang dan kecemasan di laut.
Maritim Malaysia menegaskan kepada seluruh komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang perairan laut dan sentiasa peka dengan menyemak ramalan kaji cuaca melalui aplikasi myCuaca dimana keadaan cuaca memasuki fasa Monsun Timur Laut yang sedang melanda Pantai Timur.
Sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau kejadian kecemasan di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan 999.




















.svg.png)

