SHAH ALAM, 17 JANUARI – Maritim Malaysia menyertai pameran kerjaya dalam Program Siri Syarahan Menteri Dalam Negeri di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam.
Pameran yang bermula pada jam 9 pagi hingga 5 petang itu dihadiri oleh para pelajar UiTM dan warganya adalah untuk memberi pendedahan mengenai fungsi dan peranan Maritim Malaysia selain mendapatkan maklumat khususnya para pelajar yang berminat untuk memilih kerjaya pegawai penguat kuasa maritim.
Selain Maritim Malaysia, antara perkhidmatan dan jabatan lain yang terlibat ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Penjara Malaysia (JPM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan reruai daripada beberapa fakulti akademik UiTM sendiri.
Diharapkan dengan penglibatan Maritim Malaysia dalam pameran seperti ini, mampu menarik minat para pelajar lepasan universiti untuk memilih kerjaya sebagai anggota Maritim, menanam cita-cita dan menimba ilmu dengan lebih tekun sekaligus membantu memberikan gambaran jelas mengenai peranan Agensi secara bersemuka.





















.svg.png)

