13
Jum, Mac

Grid List

VESEL PUKAT JERUT DITAHAN MENANGKAP IKAN TERLALU HAMPIR DENGAN DARATAN

BANTUAN ASET MARITIM MALAYSIA - INSIDEN KAPAL LAYAR TERKANDAS DI PERAIRAN LANGKAWI

VESEL TUNDA GAGAL KEMUKA DOKUMEN, DITAHAN DI PERAIRAN MIRI

VESEL TUNDA DISYAKI LANGGAR ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR 1952 DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT TUNDA KELAS B LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DAN IMIGRESEN

CUBAAN SELUDUP 37 PATI DIGAGALKAN, TEKONG WARGA THAILAND ANTARA DITAHAN

LANGGAR SYARAT LESEN, BOT NELAYAN DITAHAN DI PERAIRAN TANJUNG PAYUNG

DUA BOT BERSAMA 1,870 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI DIRAMPAS

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JKR PAHANG DAN LAWATAN TAPAK PROJEK NAIK TARAF LAPANG SASAR MENEMBAK TERBUKA DI AMSAS

KUANTAN, 15 JANUARI – Satu sesi kunjungan hormat Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang, YH. Dato’ Ir. Ts. Hafizah binti Zakaria ke atas Pengarah AMSAS, Laksamana Pertama (M) Hamizan bin Harun telah diadakan pada 15 Januari 2025. Sesi kunjungan hormat dan lawatan tapak ini diadakan bagi membincangkan isu-isu dan memantau sendiri perkembangan pembangunan projek naik taraf lapang sasar menembak terbuka di AMSAS.

Beliau berpendapat kemajuan semasa projek naik taraf lapang sasar terbuka yang mempunyai lapan lorong serta berkeluasan 150m x 25m ini adalah positif dan terkehadapan daripada jadual asal perancangan projek. Turut serta dalam sesi ini ialah Timbalan Pengarah JKR Pahang, YBrs. Ir Haji Rosnan bin Hussin serta pegawai-pegawai kanan AMSAS dan JKR yang berkaitan.

Diharapkan dengan penyiapan projek ini pada tahun 2026, akan dapat memanfaatkan warga Maritim Malaysia sebagai tempat latihan menembak utama dan secara tidak langsung dapat meningkatkan keupayaan dan kemahiran setiap lapisan anggota dalam pengendalian senjata untuk persediaan tugasan di lapangan.

 

KH JKR2
 
KH JKR3
 
KH JKR4
 
KH JKR5

 

Grid List

MARITIM NEGERI SARAWAK HADIRI MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGSIH RAYA 2026

KUCHING, 9 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak bersama Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Jumaat.

Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membantu golongan yang memerlukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Maritim Malaysia Negeri Sarawak diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Simon Templer Lo ak Tusa.

Terdahulu, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.

Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan video khas Sumbangsih Raya 2026 sebelum ucapan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang menekankan kepentingan semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam membantu golongan memerlukan menjelang musim perayaan.

Kemuncak majlis menyaksikan penyerahan simbolik Sumbangsih Raya 2026 kepada para penerima yang layak, diikuti penyampaian cenderamata serta sesi bergambar bersama kenamaan dan wakil agensi yang terlibat.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri bersama agensi berkaitan dalam memperkukuh kebajikan masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak menjelang sambutan Aidilfitri.

PREMIER SWK2
 
PREMIER SWK3
 
PREMIER SWK4
 
PREMIER SWK6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC