LAHAD DATU, 10 JANUARI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu telah mengadakan perhimpunan bulanan serta Majlis Bacaan Yasin sempena permulaan tahun 2025 di sini hari ini.
Perhimpunan yang diadakan di hadapan pejabat Zon Maritim Lahad Datu itu disempurnakan oleh Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar bin Ali.
Dalam ucapannya, beliau membincangkan pelbagai perkara antaranya perancangan serta perkongsian isu-isu semasa dan memaklumkan mengenai Teras Tujuh yang digariskan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah kepada warga Zon Maritim Lahad Datu.
Jelasnya lagi, beliau turut menekankan tentang nilai integriti yang perlu disematkan oleh seluruh warga Zon Maritim ketika menjalankan tugas yang diamanahkan.
Majlis diteruskan dengan bacaan Yasin oleh warga kerja Zon Maritim Lahad Datu yang diadakan di bilik Mesyuarat Jabatan Laut.
Turut hadir sama, Timbalan Pengarah Operasi Zon, Leftenan Maritim Mohd Firdos bin Ayob, Timbalan Pengarah Pengurusan Zon, Encik Mohd. Fadzlen bin Abd Kadir dan Timbalan Pengarah Siasatan Zon, Leftenan Maritim Mohammad Yasir bin Mahamad Najib.





















.svg.png)

