13
Jum, Mac

Grid List

VESEL PUKAT JERUT DITAHAN MENANGKAP IKAN TERLALU HAMPIR DENGAN DARATAN

BANTUAN ASET MARITIM MALAYSIA - INSIDEN KAPAL LAYAR TERKANDAS DI PERAIRAN LANGKAWI

VESEL TUNDA GAGAL KEMUKA DOKUMEN, DITAHAN DI PERAIRAN MIRI

VESEL TUNDA DISYAKI LANGGAR ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR 1952 DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT TUNDA KELAS B LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DAN IMIGRESEN

CUBAAN SELUDUP 37 PATI DIGAGALKAN, TEKONG WARGA THAILAND ANTARA DITAHAN

LANGGAR SYARAT LESEN, BOT NELAYAN DITAHAN DI PERAIRAN TANJUNG PAYUNG

DUA BOT BERSAMA 1,870 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI DIRAMPAS

PEROLEHAN LOKAP ZON MARITIM BATU PAHAT PERLU DISEGERAKAN

BATU PAHAT, 10 JANUARI – Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim menegaskan, pembinaan lokap di Zon Maritim Batu Pahat perlu dipercepatkan bagi memastikan keperluan pengoperasian di Zon Maritim ini dapat dipenuhi dengan lebih efisien.

Perkara itu dinyatakan beliau semasa melakukan lawatan kerja rasmi ke Zon Maritim Batu Pahat serta mengadakan sesi perbincangan bersama wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Johor untuk menilai kemajuan projek tersebut di sini hari ini.

Dalam sesi perbincangan bersama delegasi JKR, Datuk Saiful menggesa agar pihak kontraktor yang terlibat segera menyelesaikan pembinaan lokap ini mengikut jadual yang ditetapkan.

Beliau menekankan bahawa kelewatan dalam penyempurnaan perolehan tersebut boleh menjejaskan operasi harian dan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang maritim di kawasan ini.

Perolehan ini merupakan komponen penting dalam meningkatkan kapasiti dan efisiensi pengurusan tahanan, sekali gus menyokong operasi Zon Maritim Batu Pahat, jelas beliau.

Selepas sesi perbincangan, Datuk Saiful melawat tapak pembinaan lokap berkenaan dan meninjau sendiri kemajuan kerja-kerja yang sedang dilaksanakan.

Selain itu, lawatan turut meliputi premis operasi serta kawasan jeti Zon Maritim Batu Pahat, di mana beliau menekankan kepentingan memastikan semua infrastruktur di zon tersebut berada dalam keadaan optimum untuk menyokong tugas-tugas penguatkuasaan.

Komitmen yang ditunjukkan dalam lawatan ini mencerminkan usaha berterusan Maritim Malaysia untuk memperkukuh peranan dan keupayaan operasinya demi keselamatan perairan negara.

Turut hadir dalam lawatan tersebut Pengarah Bahagian Pembangunan Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Zulinda binti Haji Ramly serta Pemangku Pengarah Maritim Negeri Johor, Kepten Maritim Kama Azri bin Kamil, Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Zaini bin Zainal dan diringi anggota pegawai kanan yang lain.

 

LOKAP ZMBP
 
LOKAP ZMBP2
 
LOKAP ZMBP4
 
LOKAP ZMBP3
Grid List

MARITIM NEGERI SARAWAK HADIRI MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGSIH RAYA 2026

KUCHING, 9 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak bersama Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Jumaat.

Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membantu golongan yang memerlukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Maritim Malaysia Negeri Sarawak diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Simon Templer Lo ak Tusa.

Terdahulu, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.

Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan video khas Sumbangsih Raya 2026 sebelum ucapan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang menekankan kepentingan semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam membantu golongan memerlukan menjelang musim perayaan.

Kemuncak majlis menyaksikan penyerahan simbolik Sumbangsih Raya 2026 kepada para penerima yang layak, diikuti penyampaian cenderamata serta sesi bergambar bersama kenamaan dan wakil agensi yang terlibat.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri bersama agensi berkaitan dalam memperkukuh kebajikan masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak menjelang sambutan Aidilfitri.

PREMIER SWK2
 
PREMIER SWK3
 
PREMIER SWK4
 
PREMIER SWK6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC